“Lama awak tunggu” soalku sebaik berhadapan dengan Aryan.
Aku sedar yang aku agak lambat 10 minit dari masa yang dijanjikan.
Kita salahkan pihak yang tak memperbanyakkan tempat parking di Paradigm Mall ini.
“Tak adalah lama sangat. Tapi kalau tadi saya baru melakar plan bangunan, mungkin sekarang dah siap bangunannya” sindir Aryan.
Aku tertawa kecil.
“Allah. Tak mahu kalah ye awak”
Aryan tersenyum.
“Cantiknya awak hari ni. Ada dari mana-mana ke?” soal Aryan.
Aku tersenyum.
“Eh, awak ni. Nak bodek saya pula. Nanti marah tunang awak” kataku.
“Buat apa dia nak marah bila saya bercakap jujur”
Aku terdiam.
Tolonglah Aryan. Jangan buat aku macam ni. Awak tahu tak yang senyuman awak yang manis menambahkan rasa pada ayat awak yang dah manis. Diabetes saya.
“Dahlah jom! Makin panas berdiri di luar lama-lama ni” arahku lalu segera berjalan melepasi Aryan dan terus masuk ke dalam bangunan.
Aku tak tahulah apa nak jadi. Tapi kebetulan sungguh bila aku dan Aryan memakai pakaian yang sama warna iaitu warna biru.
Betul-betul nampak macam couple.
Rasa menyesal pula sebab setuju. Paling tak pun aku patut cari alasan untuk mengelak. Tak adalah aku rasa menjunam ke gaung macam sekarang.
“Awak nak pergi mana dulu?” soalku sebaik sedar Aryan di sebelah.
“Wanita suka apa?” soalnya balik.
“Aik. Saya peliklah dengan awak. Kalau hadiah untuk saya, punyalah senang awak pilihkan. Kalau untuk Prof. Laila, sampai nak ajak teman” kataku.
Memang sudah lama aku pendam perkara ini.
“Itu sebab saya tahu awak suka apa. Saya tahu Fifilina Az-zahra tu macam mana. Dan sebab itulah tak susah untuk saya belikan sesuatu untuk awak” balas Aryan penuh keyakinan.
Aku terdiam.
Dia kenal aku. Tapi kenapa dia tak sedar perasaan aku? Adakah lelaki di hadapanku ini terlalu naif? Ataupun dia buat-buat tidak perasan?
“Eleh. Kita dengan Prof. Laila pun dah lama kenal. Dah straight 2 semesta dia ajar kita” bantahku.
“But.. Dah straight 2 semesta saya hanya anggap dia lecture saya. Not more than that. Awak lain. You’re someone special in my life. That’s why saya ambil tahu tentang apa yang awak suka dan tak suka” balas Aryan.
Aku? Someone special in your life? Dia tahu tak apa makna ayat dia tu?
Aku masih membisu.
Kenapa sifat semula jadi Aryan Hafiy yang satu ini selalu buat aku tekanan jiwa? Jangan sampai aku kena jumpa pakar psikitrik sudahlah.
“Eh, sudahlah. Ada juga saya orang pertama yang kena strok sebab dengar kata-kata dari awak” kataku sambil tersenyum kaku.
“Jadi, awak rasa nak pergi mana dulu?” soal Aryan.
“Urmm.. apa kata kita pergi makan dahulu. Awak nak tahu. Saya rushing ke sini sampai makanan yang mak long saya masak pun saya tak tahu apa” balasku.
“Awak ni.. Bangun pukul berapa sebenarnya sampai tak sempat nak bersarapan?” soal Aryan.
Aku senyum segaris.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...