Bab 12

108 12 0
                                    

Kerja hari ni, sekali lagi Harith yang hantar. Nak tak nak, memang inilah yang aku kena biasakan. Tersidailah kereta Honda City aku tu di garaj kereta.

“Zahra. Atas meja Zahra ada surat. Akak letak tadi” kata Kak Muna.

“Baik, Kak Muna. Thank you” balasku lalu terus menuju ke arah meja kerjaku.

Surat apalah yang aku dapat Selasa-Selasa ni. Surat dari kekasih gelap ke?

Sebaik punggung sudah mendarat di permukaan separa lembut ini, terus sampul surat yang elok diletakkan di atas mejaku diambil.

Dari sampul luar, hanya tertera nama panjangku sahaja. Siap binti. Actually, agak creepy juga sekarang ni. Belum buka lagi otak sudah fikir bukan-bukan. Biasalah, Fifilina kan.

Tanpa membuang masa, aku sudah mengoyakkan sampul surat itu dengan kemas. Sangatlah. Kemudian, helaian kerta yang dilipat 3 di dalam sampul surat itu aku keluarkan.

Kehadapan bunga mawar indah mekar di tasik kristal disinari cahaya matahari di waktu senja..

Belum buka lagi ye. Ini aku berangan-berangan sahaja. Mana tahu nampak surat dari secret admire. Tak pasal-pasal kena bunuh dengan Harith orangnya.

Marilah kita buka sekarang. Nak buka sahaja ambil masa 4 perenggan.

“You will die as soon as possible”

Surat punya saiz A4. Isinya itu sahaja. Tulisan itu ditulis dengan warna merah darah. Tak besar, tapi cukuplah untuk orang rabun jauh macam aku melihatnya tanpa cermin mata.

Surat ugutan. Lagi.

Nama panjang. Tempat kerja. Aku tak rasa ini orang lain. Ini mesti salah seorang musuh suami aku yang sudah lama perhatikan kami.

Kalau nak bagi surat ugutan pun janganlah baik sangat. Cuba dia lekatkan di mana-mana sahaja siap dengan ayam hitam tergantung macam dalam tv tu ke. Tak payah bersampul bagai. Bagi aku harapan sahaja. Sakit hati kita.

Perlu ke bagitahu Harith pasal ni? Tak besar pun. Rasanya tak perlu. Buat serabut kepala suami sendiri sahaja.

--------

“Zahra”

Segera aku menoleh ke sisi.

Melihat susuk tubuh ayah mentuaku sudah terpacak di sisi membuatkan aku menghentikan segala kerjaku dengan segera.

“Yeah, ayah?”

“Zahra lunch ni free?”

“Urmm.. Free sahaja. Kenapa ayah tanya?”

“Jom lunch dengan ayah. Ayah naik bosan asyik lunch sorang-sorang sahaja”

Aku tertawa kecil.

“Ayah tak lunch dengan ibu pula?”

“Ibu kamu tu sibuk dengan butik dia tu. Terpaksalah ayah lunch sorang-sorang”

Aku tersenyum. Comel sahaja ayah mentua aku ni. Tua-tua pun masih sweet.

“Okeylah kalau macam tu. Ayah pandu tau” kataku yang sudah berdiri.

“Mestilah. Kamu jangan lupa bagitahu Harith kamu lunch dengan ayah. Tak pasal-pasal dia ingat ayah culik kamu pula”

Aku menggeleng kepala sambil tertawa kecil. 

Takut betul ayah ni.

“Baik, ayah”

“Ayah turunlah dahulu. Zahra nak kemas-kemas meja sikit” kataku yang sudah mula mengemas meja yang bersepah seperti sarang tikus.

“Tak apalah. Biar ayah yang tolong Zahra kemas. Zahra pergi minta izin Harith” kata ayah yang sudah mula mengambil barang di tanganku.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now