Bunyi seseorang berbual di sebelahku membuatkan aku terjaga dari tidur yang sudah lena habis tadi. Aku punya lena sampai mimpi pun aku tak ingat apa.
Perlahan-lahan mata dibuka. Terus ciptaan Allah yang paling seksi menjadi santapan retina. Tubuh Harith yang tidak berbaju cukup membuatkan aku punya jantung berdegup sangat laju walaupun sudah selalu sangat tatap.
Biasalah. Harith ni kalau tidur memang tak suka berbaju. Panaslah katanya. Tak tahulah kalau dia sebenarnya sengaja nak show-off tubuh dia ke apa kepada aku. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya. Sudah sah pun masih nak menggoda.
“Hmm. Lagi 10 minit aku sampai” katanya lalu menamatkan panggilan.
Terus comforter yang menyelubungi tubuh kami berdua ditarik seraya Harith terus turun dari katil.
“Kerja?” soalku dalam nada yang masih mamai.
Aku duduk dari pembaringan sambil mengosok-gosok mata yang rasanya sudah bersarang tahi matanya.
“Aku kejutkan kau ke?” soalnya yang sudah berada di sebelahku.
Aku mendongak memandang wajah Harith yang kelihatan letih sahaja akibat tidak cukup tidur. Kelihatan tubuhnya sudah ditutupi sehelai t-shirt yang entah dari mana dia capai.
“Hmm” gumamku sambil menjeling jejaka tampan di sebelahku ini.
“Sorry, pretty. Kau sambunglah tidur. Aku nak kena pergi kerja ni” katanya dalam nada berbisik lalu memberikan kucupan di dahiku.
Tangan aku pantas menangkap tangan Harith yang baru sahaja ingin menjauh itu.
“Why?” soalnya keliru.
“Awak kerja.. jangan sampai tercedera tau. Kalau awak tercedera, saya mogok tak nak kemas rumah” ugutku.
Memang itu sahajalah pesanan aku setiap kali Harith bertugas.
Mendengar Harith tertawa kecil di subuh hari ni, cukup membuatkan hati aku berbunga-bunga.
Macam pengantin baru sahaja. Semua benda buat aku jatuh cinta dengan suami aku ni.
Ini yang kita nak dalam rumah tangga. Walau dah 10 tahun bersama pun, hari-hari macam pengantin baru.
Aku dapat lihat Harith menghampiriku semula. Tiba-tiba dia menyentuh dahiku.
Aku ingat dia nak memberikan kucupan lagi di dahi. Aku sudah menutup mata dah. Menantikan bibirnya sampai di dahiku.
Tak semena-mena dia tolak dahiku sedikit kuat sehingga kepala aku kembali terbenam pada bantal.
Tak sangka. Bukan kucupan yang diberi. Tetapi, tonjolan. Subuh-subuh lagi dah dikasari. Nak kata Harith dayus, aku rasa aku lagi dayus. Jadi, kita pendam sahajalah.
“Insyallah, aku akan cuba tak tercedera. So now, keep sleeping and dreaming about me, okay” katanya lalu menarik comforter sehingga menutupi tubuhku semula.
“Don’t worry, pretty. I’ll be back as soon as I finish my work” katanya lalu mencium dahiku sekali lagi.
“Promise?” kataku.
“Hmm. Dah, tutup mata kau tu” arahnya sambil meletakkan tangan besarnya di mataku.
“Yeah. Saya tutup mata. Awak pergilah” kataku yang sudah siap-siap memejamkan mata.
Terasa tangan Harith menjauh.
“Take care, pretty. Love you”
Selang beberapa saat, aku pun mendengar pintu bilik dibuka lalu ditutup. Maka, sudah tiadalah kesayanganku di dalam bilik ini.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...