Fifilina segera dikejarkan ke hospital sebaik polis menyerbu villa milik Aryan. Mereka memberitahu, bahawa mereka dipanggil untuk ke sini dan yang memanggilnya ialah Aryan sendiri.
“Seseorang akan mati. Jadi, tolong.. datang ke sini sekarang. Tolong selamatkan dia. Tolong jangan benarkan dia pergi” kata Aryan ketika membuat panggilan dengan pihak polis.
Harith tidak mampu lakukan apa-apa lagi sekarang. Dia hanya mampu memegang tangan isterinya sepanjang Fifilina berada di dalam ambulans.
Nadi isterinya sangat-sangat lemah. Peluang untuk hidup, sangat-sangat tipis. Bergitu juga dengan anak dalam kandungan Fifilina.
Tiada jaminan untuk salah satu akan hidup.
“Fifi. Aku tahu kau kuat. Jadi, tolong bertahan. Aku belum puas habiskan masa bersama kau” kata Harith sambil menggenggam kemas tangan Fifilina yang masih hangat.
--------
Sebaik sampai di hospital berdekatan, Fifilina terus dikerjakan ke bilik pembedahan. Keadaannya sangat-sangat kritikal. Walau terlambat hanya sedikit, mungkin nyawanya akan tergadai.
Harith pula hanya mampu menunggu di luar bilik pembedahan itu dengan keadaan yang tidak keruan. Dia jadi takut dengan segala kemungkinan. Dia jadi lemah. Dia tak mampu lakukan apa-apa, tetapi isterinya sekarang sedang bertarung nyawa di dalam sana. Dia rasa tidak berguna sebagai suami jika dia tidak mampu mengurangkan beban isteri.
Harith merasa semakin tidak berguna apabila sedar dia sebenarnya gagal lindungi amanahnya sendiri. Rupanya, selama ini Noah Nikolaj tidak pernah mengganggunya langsung. Dari mula lagi, hanya Aryan seorang dalangnya.
Dan dia sebagai suami senang-senang sahaja membenarnya lelaki tak guna seperti itu untuk mendekati isterinya. Dia yang benarkan Aryan bertemu Fifilina selama ini, dan lebih menyakitkan apabila dia sendiri yang menyuruh Aryan menjaga Fifilina ketika ketiadaannya.
Teruk. Tak guna. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Dirinya lalai. Kalau dia sedar dari mula, mungkin isterinya tidak akan berada di sini sekarang. Mungkin, isterinya masih berada di rumah menanti dia pulang dari kerja.
Tapi, semua itu hanya tinggal mungkin. Nasi sudah menjadi bubur.3 jam sudah berlalu dengan lambatnya.
Harith yang dari tadinya tidak tenang, bahkan gelisah dengan keadaan sekeliling tiba-tiba sahaja tersentak kuat apabila pintu di hadapannya ditolak dari dalam. Terus dia bangun lalu mendekati pasukan perubatan yang baru sahaja keluar dari bilik itu.
“Doktor. Macam mana dengan isteri saya?” soal Harith segera.
Doktor itu terdiam seketika sambil menundukkan kepalanya. Kelihatan berat sangat mulut ingin berkata-kata.
“Cakaplah! Apa yang dah jadi pada isteri aku?” soal Harith yang sudah hilang sabar.
“Bertenang, encik” pinta salah seorang jururawat yang berada di belakang doktor itu.
Harith menarik nafas dalam. Dirinya betul-betul hampir gila. Bersabar walau hanya untuk sebentar tidak boleh dilakukan lagi. 3 jam itu sudah cukup lama. Dia ingin tahu segalanya dengan segera.
“Encik. Alhamdulillah.. isteri encik sudah selamat bersalin. Anak encik sudah dibawa ke tempat sepatutnya untuk pemeriksaan lanjut memandangkan dia..”
“Aku nak tahu pasal isteri aku” pintas Harith.
Tertutup rapat mulut doktor itu. Dia menarik nafas panjang. Kelihatan sukar betul dia ingin menuturkan kata-katanya walau ini memang kerjanya. Mungkin kerana, dia jarang menghadapi kes seperti ini. Jarang sekali orang di Malaysia ini menelan sianida sehingga sebanyak ini.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...