Bab 2

233 16 0
                                    

“Nabila yang stay halal dari sekolah rendah tu pun sudah nak berkahwin. Bilalah nak tiba turn kita pula?” soalku kepada Nadhirah dan Airis.

Kami sekarang dalam perjalanan pulang ke tempat asal kami.

Aku ada sahaja kereta, tapi malas nak bawa. Sudah alang-alang bertiga ni, kita perlulah mengambil kesempatan dalam kesempitan.

“Korang je ye. Jari aku sudah bercincin. Tak lama lagi tibalah turn aku” balas Nadhirah sambil matanya tertumpu ke jalan raya.

Cemburu betul aku.

Kisah Nadhirah dengan Eizham a.k.a tunangnya sekarang tidak adalah gempak sangat. Tapi unexpected jugalah, sebab actually Eizham ni pelajar asrama.

Kenal pun semata-mata kerana kami ada join sebuah program yang bergabung dengan sekolah lain.

Diam-diam sahaja masing-masing.

Tahu-tahu Eizham masuk meminang Nadhirah awal tahun lepas.

“Untunglah. Jari aku pun pernah bercincin 3 tahun lepas, tapi sekarang cincinnya dah dalam Laut China Selatan” kataku.

Yeah. Aku dah pernah bertunang sebelum ni.

Ini semua kes abiku nak aku bertunang sebelum aku sambung belajar. Dialah yang pilih calon menantunya.

Stuck 2 tahun juga kami bertunang.

Adalah kes yang tragik berlaku sampai pertunangan kami terbatal.

Malaslah nak cakap pasal jantan tu lagi. Dia pun entah-entah sudah bahagia dengan isterinya sekarang. Mungkin sudah ada anak.

“Kau ni, Fifi! Benda dah lepas jangan dikenang. Mungkin lelaki tu bukan jodoh kau” pujuk Airis.

“Entah kau ni. Spoil mood je” sambung Nadhirah.

“Yealah, sorry. Lagipun aku tak kisah dia nak jadi apa. Aku jamin jodoh aku better than him” balasku.

“Ha’ahlah. Memandangkan kita dah tercakap about jodoh ni. Kau apa cerita, Fifi?” soal Nadhirah.

Baguslah diorang tukar topik. Serba salah aku tiba-tiba bangkitkan isu sensitif.

“What do you mean?” soalku.

“Yealah. Fifi kan cantik. Kat sekolah menengah dulu pun ramai je peminat. Tak kan belum ada pilihan lagi?” soal Airis.

Diorang ni main sambung-sambung pula. Macam tahu-tahu sahaja apa dalam kepala masing-masing.

“Eh, Fifi tak adalah cantik sangat” nafiku.

Nah. Memang betul pun. Kalau aku cantik, mesti sudah beratur orang nak masuk meminang aku. Ini?

“Fifi cantik lah” tegas Airis.

Apa-apa sahajalah. Aku hanya tersenyum manis.

“Tapi betul juga cakap Airis tu. Kau ni boleh dikatakan famous juga di sekolah dulu. Di U ni tak kan senyap terus? Aku tengok kau pun berkawan dengan Si Aryan tu je. Airis ni pun dah berpunya. Tak kan kau still single pula?” soal Nadhirah.

Eh. Aku single pun jadi isu.

Aku terdiam seketika.

“Okeylah macam ni. Aku memang malas nak fikir about jodoh ni. Kalau ada orang merisik aku, then parents aku suka orangnya, aku okey je” balasku.

“Kau ni memang tak pernah berubah, kan Fifi?” soal Nadhirah.

Aku hanya tersenyum. Soalan Nadhirah dibiarkan tidak terjawab.

“By the way, aku nak spill somethinglah” kataku sambil mendekatkan diri ke tempat duduk hadapan.

Airis segera menumpukan perhatian kepadaku. Nadhirah memandang aku sekilas sebelum kembali memandang jalan raya.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now