Jadi sepanjang cuti selama 5 bulan ni, aku mengambil keputusan untuk bekerja sambilan di sebuah syarikat pembinaan hasil recommended abiku.
Katanya ini syarikat kawannya iaitu Uncle Farhan, jadi aku pun terima sahajalah.
Bosan juga kalau nak stay at home selama 5 bulan ni. Tak pasal-pasal setiap hari aku kena kemas rumah memandangkan umi pun kerja.
Walaupun hanya menjadi tea lady dan gaji hanya RM1300 sebulan sahaja, aku tak kisah selagi tak perlu nak kemas rumah.
Lagipun, ini syarikat pembinaan. Bolehlah aku tengok-tengok cara pekerjaan di sini.
Lagipun, kawan abi dengan sukarelanya ingin mengajarku sedikit sebanyak mengenai cara syarikat ini berfungsi. Dia ada cakap, kalau aku ni memang berbakat, lepas habis belajar boleh apply untuk kerja di sini.
Syarikat ni terletak di Johor Bahru. Jadi aku mengambil keputusan untuk stay rumah mak long, memandangkan hanya dia dan cousin aku sahaja duduk berdua.
Setiap hujung minggu aku balik rumah parents.
Baru 4 minggu berlalu sejak cuti semesta mula.
Aryan ada mesejku untuk bertanya khabar. Aku juga ada mesejnya untuk bertanya khabar. Kalau diikutkan hati, memang aku tak nak mesejnya memandangkan aku dalam proses healing. Tapi aku pasti yang dia akan mula sedar perubahanku.
Aryan kata, dia dan Prof. Laila mengambil keputusan untuk bernikah pertengahan tahun hadapan. Jadi persedian majlis kahwin sudah bermula dari sekarang.
Dia ada cakap yang dia memang tiada perasaan pada tunangnya, tetapi dia pasti perasaan itu boleh dipupuk selepas sudah halal.
Untung betul Prof. Laila kerana bakal memiliki Aryan Hafiy.
Bagi aku, Aryan tu sudah cukup sempurna.
Ada rupa, ada duit, ada eset, ada otak, dan ada sikap yang baik.
Aryan pernah kata yang dia mungkin ingin sambung belajar di luar negara sehingga mencapai phd. Tetapi tidak tahulah kalau impiannya sudah berubah atau tidak.
Pada pendapat aku, Prof. Laila dan Aryan tidak nampak macam pasangan.
Tapi aku akui Prof. Laila cantik orangnya. Walaupun sudah hampir mencecah 30 tahun, mungkin orang boleh salah anggap dia baru 25 tahun.
Orangnya tinggi ala-ala model. Sopan sahaja berbicara dan selalu mengenakan pakaian oversize walaupun aku boleh katakan yang tudungnya tidaklah selalu menutupi dada.
Alaa.. sama sahaja seperti aku.
“Zahra!” panggil seseorang mematikan lamunanku.
Aku segera memandang ke arah yang memanggil.
“Puan Salina nak minum kopi” kata seseorang yang berada di hadapanku.
“Baik, Cik Farisyah. Saya buat sekarang” balasku lalu segera bergegas ke kabinet yang menempatkan serbuk kopi yang dicari.
“Kau kalau di tempat kerja, buat cara kerja. Bukan termenung” kata wanita yang masih setia berdiri di tempatnya tadi.
Aku menarik nafas panjang. Memang salah aku. Aku tak boleh nak melawan kata-katanya. Lagipun dia orang atasanku. Better jadi baik sahaja.
“Baik, cik. Saya akan perbaiki diri” balasku lalu segera menuangkan air panas ke dalam mug yang sudah mempunyai serbuk kopi di dalamnya.
“Dah siap nanti hantar ke meja Puan Salina” arah Farisyah lalu segera meninggalkan bilik ini.
Aku menarik nafas panjang.
Nampaknya terbukti memang wujud wanita yang jawatannya biasa-biasa sahaja, tetapi bossy mengalahkan orang atasan.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...