Bab 17

102 15 0
                                    

“Tolong, lepaskan isteri aku. Dia dah banyak menderita sebab aku”

Lelaki di belakangku ketawa besar.

“Jadi.. biar aku yang tamatkan segala penderitaan isteri kau”

Terus tubuhku yang sudah lemah ditolak masuk ke dalam tangki air yang sudah penuh airnya.

Tangan dan kakiku aku terikat. Aku terkapai-kapai untuk naik ke permukaan, namun gagal. Aku tak boleh. Perut yang besar ini membuatkan kekuatan aku berkurang dan berat aku bertambah. Aku dengan mudah sahaja menuju ke dasar.

Mata aku semakin kabur walau dari aku tenggelam lagi sudah kabur. Aku tidak tahu apa yang Harith akan lakukan ketika ini. Dia berseorangan. Aku harap dia akan selamat. Walau bagaimanapun, aku harap Harith tidak tercedera.
Namun, di saat diri ini semakin jatuh ke dasar, aku tidak boleh hanya fikirkan orang lain.

Aku tak dapat bernafas. Aku tak mahu mati untuk kali kedua, namun aku tak mampu. Tak mampu untuk terus hidup.

Kenapa aku perlu selemah ini? Hanya menjadi bebanan dan kelemahan buat Inspektor Harith Anaqi. Aku tak patut.. selemah ini.

Baby, tolong bertahan. Kalau mama kena panggil, baby jangan ikut. Kekal dengan papa. Tapi, macam mana perkara seperti itu boleh terjadi?

“Fifi!” panggil Harith.

Awak! Saya tak dapat nak lepaskan diri! Saya tak mahu tinggalkan awak. Saya nak bersama awak lebih lama lagi.

Namun, semua itu hanya aku dapat lepaskan di dalam hati.

Tiba-tiba aku nampak seseorang terjun masuk ke dalam tangka air ini. Dia berenang ke arahku. Tapi, aku sudah berada di dasar dan aku memang betul-betul tidak dapat bertahan lagi.

Lelaki itu pula, baru masuk, tiba-tiba sahaja kena tarik untuk keluar semula. Mereka bergelut rasanya. Dan lelaki itu sedaya upaya untuk terjun ke dalam tangki air ini. Tetapi, asyik terbatal sahaja niatnya itu.

Namun.. aku tak dapat bertahan lagi. Minta maaf.

Perlahan-lahan aku membuka mata.

Aku berada di mana? Jangan kata aku sudah meninggal dunia. Tapi, mana ada rupa alam kematian seperti bilik tidur aku dengan Harith.

Aku berada di dalam bilik? Tetapi, bagaimana? Apa yang sudah berlaku sebenarnya?

Jangan kata semua yang aku alami tadi hanya sebuah mimpi yang panjang?

Tak mungkinlah. Kalau semua itu mimpi, bagaimana tangan aku mempunyai kesan jarum serta ada mesin ventilator dalam bilik tidur ini? Mana mungkin Harith beli semata-mata kerana dia ingin merasa jadi doktor?

Adakah aku sudah pulang ke rumah? Maknanya, Harith berjaya selamatkan aku. Alhamdulillah.

Walau aku tidak tahu apa yang berlaku antara selepas aku tidak sedarkan diri di dalam tangki air dan sekarang, aku tetap bersyukur kerana semuanya sudah selamat.

Perlahan-lahan aku duduk dari pembaringan. Memerhatikan keadaan sekeliling yang sudah dipenuhi beberapa alatan perubatan yang asas.

Namun, apa yang aku nampak ketika ini ialah..

Kosong.

Tiada sesiapa kecuali aku dan mesin ventilator yang masih berbunyi menandakan jantungku masih berdegup.

Aku mengalihkan pandangan aku ke arah perutku pula. Aku mengusap-usapnya. Jika perut aku masih membukit, maknanya masih ada penghuni di dalam rahimku, kan?

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now