Aku terdiam seribu bahasa. Tubuhku sudah menggigil kesejukan. Rohku bagai sudah lari dari jasad. Saraf-sarafku bagai sudah berhenti berfungsi untuk memberi maklumat bergerak. Aku terkaku.
Dia hanya memandang aku tepat. Tajam dan dalam. Wajahnya sedikit pun tiada senyuman atau kekecewaan bahkan wajahnya sekarang lebih menyeramkan dari apa yang aku pernah nampak selama ni.
“H-Harith” panggilku yang sudah tergagap habis.
“Tak sangka kau balik rumah juga akhirnya” kata Harith seraya berpusing ke belakang lalu berjalan ke arah katil.
Aku hanya terkaku. Kaki aku sudah berubah menjadi besi apabila bertembung dengan panahan tajam Harith Anaqi. Bersyukur sahaja jantung ini tidak berhenti.
“Masuk sekarang. Pintu tu kau tutup lepas tu kunci. Ada benda aku nak tanya ni” arah Harith yang sudah berdiri di sebelah katil.
Dingin sahaja kata-kata Harith dilontarkan.
Aku terdiam seketika. Aku tak tahu nak buat apa. Aku rasa takut sangat sekarang ni. Otak aku pun sudah lambat sahaja nak proses apa-apa.
“Kau pekak dah ke? Aku kata masuk. Kau jangan sampai aku heret kau ke sini” tekan Harith.
Astagfirullah. Inilah sisi Harith yang paling aku geruni. Hanya sebelum kahwin sahaja aku rasa semua ni dan selepas kahwin sisi itu bagaikan hilang. Tetapi, hari ini sisi itu kembali.
Dan penyebabnya ialah aku. Apa aku sudah lakukan?
Dengan air liur yang bagai tersangkut sahaja di kerongkong, aku melangkah masuk ke dalam lalu menutup pintu bilik ini perlahan-lahan. Tangan memang sudah menggigil habis. Aku harap Harith tak guna kekerasan sahaja.
“Kunci” tegas Harith.
Allahuakhbar. Kenapa perlu kunci? Takut aku lari? Atau takut ada orang serbu untuk selamatkan aku? Ya Allah. Takutnya aku ketika ini.
Apa yang bakal terjadi pada aku?
Perlahan-lahan aku menekan kunci di tombol pintu. Namun, diri masih tiada kekuatan untuk menoleh ke belakang untuk menghadap Harith. Hati masih tidak tenteram. Kaki masih kaku dan susah untuk diangkat. Fikiran masih buntu dan lambat untuk memberi tindak balas.
“Pusing menghadap aku sekarang” arah Harith.
Aku menelan air liur deras. Dengan lafaz bismillah.. aku memusingkan tubuh menghadap Harith. Tapi, kepala masih menunduk. Kekuatan itu tidak datang dengan banyak. Ia ada peringkat.
“Pandang mata aku. Aku nak soal kau sesuatu”
Teringat pula semasa disoal siasat kali pertama oleh Harith. Seperti inilah aku diperlakukan. Tetapi kali ini lebih seram kerana dia suami aku. Perbezaannya kali ini, dia boleh sentuh aku tanpa had. Allahuakhbar.
Maknanya, jika sebelum kahwin sahaja Harith sudah mengancam kehormatanku, apakan lagi ketika selepas kahwin?
Tiba-tiba sahaja dagu aku ditolak sedikit kuat supaya mendongak ke atas. Terus pandangan aku bersambung dengannya. Entah bila Harith berjalan ke arahku pun aku tidak sedar. Tahu-tahu sahaja pandangan kami sudah bersambung.
Aku terdian. Hanya mata aku membalas air muka Harith ketika ini. Aku rasa terpancar ketakutan dari mata aku. Aku tahu Harith akan perasan.
“Kau takut dengan aku?” soal Harith.
“Sangat” balasku yang terasa sudah berkaca mata ini. Akhirnya aku jujur sahaja. Walau mata aku sudah memberi jawapan, aku luahkan lagi untuk kepastian.
Harith hanya merenung aku tanpa perasaan. Mungkin bagi dia ketika ini, ketakutan aku tiada makna kerana amarah sudah mengusai diri. Mesti bagi dia, selagi dia tak dapat apa dia nak, dia tak kisah jika kau menangis sekali pun.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...