Bab 9

114 12 0
                                    

"As tak nak stay lama sikit?" soal umi.

Semalam Aisyah nikah, jadi mereka sudah berpindah ke rumah Fahmi. Tak hingin mereka singgah rumah umi dulu. Nampak sangat dalam mood honeymoon. Macam manalah adik aku sekarang.

"As hanya tak nak Harith balik nanti dia tengok As tak ada di rumah. As ni sebagai isteri melayu terakhir mestilah kena sambut kepulangan suami tersayang" balasku.

Umi sudah menggeleng.

"Iyelah. Hati-hati. Kereta umi tu jaga baik-baik"

Memang itu sahajalah pilihannya kalau dah tiada transport ni. Kereta umi juga jadi mangsa.

"Baik umi" kataku lalu terus menyalami tangannya.

Kemudian aku salam pula tangan abi yang berdiri di sebelah umi.

"Hati-hati memandu. As kena ingat. As tu sekarang dah berbadan dua. Jangan nak lasak-lasak sangat" pesan abi pula.

"Got it. Bubbye, umi, abi" kataku lalu terus melangkah keluar.

Kereta CRV yang terparking di garaj kereta menjadi destinasi langkahku. Seraya aku masuk ke dalam kereta itu. Tanpa membuang masa, terus kereta ini meluncur laju di atas jalan tar.

--------

Nasib tak menyebelahiku apabila jalan raya dibanjiri kereta. Tersangkutlah aku di tengah-tengah dunia.

Ni kalau ada Harith, seronok juga. Boleh aku berbual atau bergurau dengan dia. Paling tak pun aku tidur terbongkang sahaja di sebelah dia.

Teringat aku sesuatu..

"Fifi" panggil Harith sambil menggegarkan tubuhku dengan kuat.

Aku yang tadinya sedang bermimpi apabila diselamatkan oleh knight yang glow in the dark terus terjaga. Walau aku tak tahu kenapa aku mimpi sesuatu seperti itu, tapi aku biarkan sahaja.

"Dah sampai ke?" soalku seraya membetulkan posisi dudukku.

Tak. Kami masih berada di dalam lautan kereta.

Terus aku menoleh ke arah Harith yang sudah tersenyum sinis.

"Yang awak kejut saya ni kenapa? Belum sampai lagi, kan?" soalku yang sangat tidak puas hati pada lelaki di sebelahku ini.

"Aku menyirap tengok kau membongak sebelah aku dan aku pula kena memandu" balasnya.

"Eh. Apa jenis suami awak ni. Cuba prihatin sikit"

"Kau lah yang prihatin. Cuba hiburkan aku sikit"

Aku sudah merenung mata Harith tajam. Ada-ada sahaja jantan ni. Ada yang kena smack down kat sini. Sia-sia sahaja hidup tu.

"Awak nak saya buat apa? Menyanyi untuk awak?"

"Tak nak aku. Suara serupa katak. Tak pasal-pasal makin jem"

"Ada je dia ni, kan? Habis nak saya buat apa?"

Harith kelihatan mendiamkan diri untuk seketika waktu.

Ish, lelaki ni. Ada juga aku sambung tidur.

"Apa kata kita main permainan" cadangku. Kalau nak tunggu lelaki yang balas, mahunya sampai rumah baru dia cakap.

"Game apa?"

"Kita main truth or punishment" kataku.

"Okey. Biar aku yang tetapkan. Punishment dia, adalah jentikan di dahi"

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now