Bab 15

178 14 2
                                    

2 bulan berlalu dan esok merupakan hari di mana aku akan menjawab segala soalan hasil pembelajaranku sepanjang semesta ini.

Aku akan cerita sedikit about apa yang berlaku sepanjang 2 bulan ni.

Jadi, sepanjang Aryan ke Seremban sebelum ni, memang dia always chat aku. Bagitahu dia di mana dan adakalanya hanya bertanya khabar.

Sampai aku curios. Prof. Laila di mana pada ketika itu? Dia tak menyirap ke bila dengar Aryan call wanita lain depan dia?

Alangkan inspektor psiko yang belum ada apa-apa hubungan dengan aku pun boleh mengugut bukan-bukan bila aku call lelaki lain. Inikan pula, mereka yang sudah bertunang. Aku rasa, Prof. Laila mesti banyak bersabar dengan sikap Aryan yang satu tu.

Mengenai Inspektor Harith Anaqi tu pula, dia memang terus tak berhubung dengan aku sejak kali terakhir kami bertemu sebelum ni di pusat latihan abang Aryan tu.

Aku tak tahulah jika dia sebenarnya ada sahaja perhatikan aku. Tapi, memang kami langsung tak bermesej mahupun terserempak.

Tapi, buat apa aku nak kisah. Aku sepatutnya lagi bersyukur. Tak adalah tekanan jiwa sahaja. Lagipun, aku rasa dia baru sedar dengan apa yang dia telah cakapkan pada aku. Mungkin dia sedang malu sendiri dan mengambil keputusan untuk tidak memunculkan diri. I guess.

Tentang isu aku dengan Solehah pula, dia pun sudah diam sahaja. Tapi, jelingan maut tu memang tak boleh nak cover. Obvious sangat dia masih tak puas hati terhadap aku. Entah apalah yang buat dia menahan diri dia tu.

Marilah kita lupakan semua itu. Esok dah exam. Jadi, fokuslah pada pembelajaran.

----------

Sebaik habis menjawab first paper.

"Laparnya!!" kataku dengan nada yang kalau boleh nak semua orang dengar.

Aryan hanya menggeleng kepala sambil tersenyum kecil.

"Macam mana tadi?" soal Aryan.

Aku menjelingnya tajam.

Paper tadi Prof. Laila yang sediakan.

Entah kenapa, aku boleh terfikir yang mungkin Aryan dah tahu. Tapi, aku tak rasa Aryan jenis mengambil kesempatan pada kebaikkan seseorang.

"Awak marah sikit tunang awak tu nanti. Bagilah senang sikit soalannya. Soalan dia macam nak ambil phd"

Paper tu dah macam cholerae. Aku tengok sahaja auto nak ke tandas.

"Saya rasa soalan phd lebih susah" balas Aryan.

Eh, lelaki ni. Mentang-mentang tunangnya. Memang semua baik sahaja.

Dia tak sedar soalan tadi, aku boleh perasan pucat semua orang nak menjawab.

Lelaki ni? Tenang pula.

Mungkin ini kebaikkan banyak makan kismis. Segala formulasi dia ingat.

Tak macam aku ni. Terlebih makan anai-anai sejak kecil.

"Tak membantu Aryan" kataku perlahan.

Aryan tertawa kecil.

"Awak relax sahaja, Fifilina. Esok dah last paper. Lepastu, gelaran pelajar kita dah boleh buang" katanya sambil tersenyum.

"Tiba-tiba rasa sebak pula" kataku.

Spoil mood sahaja apabila teringat tidak lama lagi tempat ini akan menjadi sejarah dalam kehidupanku.

"Dah kenapa pula?" soal Aryan kerisauan.

"Iyelah.. Lepas ini dah tak ada peluang nak jalan bersebelahan dengan awak. Entah-entah, nak spend time pun dah susah" balasku sambil menundukkan kepala.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now