Bab 2

171 14 0
                                    

“Wake up, pretty”

Sayu sahaja aku mendengar suara garau itu menerpa gegendang telinga.

Dapat aku merasakan sesuatu yang lembut dan sedikit lembab menyentuh dahiku lama.

Perlahan-lahan aku membuka mata yang kuyu ini. Terus wajah suamiku menerpa bingkai pandangan.

“Awal awak bangun? Kena bertugas ke?” soalku dengan nada yang perlahan tambahan mamai.

Normal lah kalau Harith bangun awal ni, dia selalunya kena bertugas. Maksud aku, kalau dia bangun awal dan kejut aku. Itu maknanya dia nak bertugas dan tak nak aku risau apabila lihat tiada sesiapa di sebelah.

“Nope. Aku just nak tengok wajah bidadari sebelah aku ni semasa bangun dari tidur” katanya dalam nada berbisik.

Tersenyum sendiri aku jadinya. Bangun-bangun sudah blushing.

“Awak sengaja nak ambil hati saya selepas apa yang berlaku, kan?” soalku.

Harith tertawa kecil.

“Yeah. Hari ni kau kerja, kan?” soal Harith.

Sudah kuduga.

“Hmm” gumamku.

“Kau mesti penat, kan? Jadi, untuk pagi ni biar aku buatkan sarapan untuk kau. Kau hanya perlu mandi je sekarang ni. Get it, pretty?”

“Hmm” kataku lalu kembali menutup mata.

Bukan apa. Harith ni dari tadi bercakap dalam nada berbisik. Memang terbuailah aku jadinya. Suara dia tu seperti mendodoi. Tenang je bila didengar. Dijamin tak akan bosan hingga hujung nyawa.

Aku merasakan comforter sudah kembali menyelubungiku.

“Okeylah. Aku bagi kau tidur dulu” katanya lalu memberi kucupan di pipiku.

Aww.. sweet habis suami aku ni.

“Kalau aku naik sekali lagi kau tak mandi, aku akan bagitahu ayah kau tak datang kerja harini sebab nak bagi cucu pada dia” sambung Harith dalam nak berbisik tepat-tepat di telingaku. 

Membulat besar mata aku apabila mendengar ugutan nya. Terus aku bangun dari pembaringan.

Kelihatan wajah Harith yang sudah tersenyum lebar memandang ke arahku.

“Good girl. Dah pergi mandi sekarang” arahnya lalu terus mencampakkan tuala ke mukaku.

Hilang terus segala nada bisikkan tadi.

Selepas itu, aku mendengar bunyi pintu dibuka lalu ditutup.

Aku mula mengeliat di atas katil seperti cacing kepanasan. Harith ni. Kerja tahu nak mengarah je.

Tanpa berfikir banyak, terus aku berjalan ke arah bilik air. Tak nak aku cuti hari ni.

--------

Pagi ni, Harith mempelawa diri untuk menjadi driver tak berbahaya untuk menghantar aku ke tempat kerja yang mengambil masa 15 minit untuk sampai. Kalau jalan sesak, jadilah 30 minit atau lebih.

Dapatlah aku naik BMW i8 ni.

“Are you okay, pretty?” soal Harith tiba-tiba.

Aku yang tadinya hanya menumpukan perhatian ke luar jendela terus menoleh ke arah kesayangan aku ni.

“Okey je. Kenapa?” soalku pula.

“Nothing. Kau nampak penat”

Aku menjelingnya sekilas. Salah siapa buat aku penat ni?

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now