Terdiam seketika. Tak faham.
“Huh? Cuba ulang balik?”
Aku inginkan kepastian. Takut akibat terlalu penat, yang disebut lain, yang didengar lain.
Lelaki itu tersenyum sinis. Pandangan tajamnya mula berubah ke pandangan nakal.
“Sampai. Kau. Jadi. Milik. Aku” tekannya satu persatu.
Tergamam seketika. Hanya termenung.
Reaksi terkejut, marah, gembira, sedih semuanya langsung aku tidak pamerkan.
Masih keliru.
Sekurang-kurangnya aku tak perlu periksa telinga aku.
Tapi, betul ke apa yang aku dengar ni? Perlu minta kepastian lagi tak?
Selepas membuat aku punya otak shut down, lelaki itu berdiri.
“Aku tak tahu apa dalam otak kau sekarang. Tapi yang aku tahu, aku nak kau jadi milik aku. As soon as possible, jari kau akan bercincinkan aku”
Aku mendonggak ke arahnya. Sedikit pun mulut ini tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.
Tak perlulah. Aku pasti apa yang aku dengar tadi betul.
Kenapa dengan lelaki ni? Dia ada keliru aku dengan orang lain ke? Tiba-tiba sahaja
“Kau duduk sini diam-diam. Aku nak beli ais” arahnya lalu mengatur langkah keluar dari ruangan ini.
Maka, tinggallah aku sendirian memikirkan segala yang lelaki itu cakapkan yang terasa seperti mimpi.
Maksud aku, terasa bukan nyata. Macam ayat-ayat itu bukan keluar dari mulutnya.
“As soon as possible, jari kau akan bercincinkan aku”
Masing tergiang-giang ayat itu dalam kepalaku.
Lelaki itu mabuk ke? Jangan cakap ini adalah salah satu dari tipu helah dia?
Iyelah, dia kan suka guna kaedah psikologi. Entah-entah, apa yang dia buat ini, adalah salah satu rancangan dia untuk dapatkan sesuatu.
Logiklah. Kitorang berkenalan baru dalam 4 bulan. Mana mungkin dah sangkut. Jumpa pun bukan selalu. 4 bulan kenal, aku rasa tak sampai 10 kali lagi kitorang berjumpa. Itu pun jumpa sebab aku ni satu-satunya orang yang berhubung dengan lelaki pencuri identiti tu.
Nonsense.
Buat pening kepala je aku fikir perkara mengarut ni.
Perlahan-lahan aku cuba untuk berdiri dengan kaki sendiri walaupun terasa lembik sahaja tulang yang menampung tubuh.
Selepas aku sudah semakin stabil, aku menuju ke arah bangku yang telah aku tempatkan segala baranganku di sana.
Segera aku lap segala peluh yang membasahi kulit.
Beberapa teguk air selamat melalui kerongkongku. Lega. Selain dapat menghilangkan rasa penat, dapat juga aku hilangkan rasa amarah yang berbuku di hati.
Aku masih tak puas hati. Inspektor psiko tu ingat kahwin boleh bawa main?
Tak lawak lah kalau dia ada niat lain. Dia ingat hati aku ni mainan?
Tiba-tiba terasa sesuatu yang menyengat di tanganku.
Allahu.. Baru aku sedar bertapa sakitnya buku lima aku sekarang.
Bengkak habis.
Betul kata lelaki tu, dah tak rupa tangan perempuan dah.
Tiba-tiba kotak memoriku menghadirkan semula tayangan semasa Si Dia meniup tanganku ini. Auto bulu romaku menegak 90 darjah.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...