Bab 16

173 16 0
                                    

2 minggu sudah berlalu.

Sepanjang 2 minggu ni, aku hanya berada di rumah keluargaku.

Baca novel, main game, kemas rumah dan sebagainya. Maklumlah, duduk rumah sorang-sorang. Umi dengan abi kerja.

Kalau bosan, aku mula merayau. Culik sesiapa untuk dijadikan teman, selepas itu habiskan duit.

Macam itu sahajalah rutin aku selepas tiada apa-apa nak dibuat ini. Nak kerja sambilan, macam tiada mood. Jadi, aku duduk rumah sahaja.

Aishah masih stay di IPG dia tu, tapi hari ni dia balik. Katanya nak stay seminggu sebelum kembali ke sana semula.

Sekarang, aku sekeluarga dalam perjalanan untuk ke sebuah restoran.

Uncle Farhan mengajak kami makan malam bersama.

Katanya, memandang aku selepas sahaja dapat results dan ada kelayakkan, aku sudah boleh bekerja di syarikatnya. Jadi, ini kira nak merapatkan ukhuwwah memandangkan tidak lama lagi, dia juga antara orang yang aku kerap bertemu.

“Abang. Si Farhan tu ada berapa orang anak?” soal umi kepada abi yang ralit menumpukan perhatian pada jalan raya.

Aku hanya mendengar sahaja. Mata masih setia melihat permandangan malam di sebaik kaca.

“Dia ada anak angkat sahaja. Tak tahu pula siapa yang mandul” balas abi.

Simpati aku mendengar. Baru aku tahu yang Uncle Farhan tiada anak dari darah daging sendiri.

“Lahh.. Untung anak angkat dia tu. Farhan tu kaya, kan? Mesti dia yang dapat segala harta nanti” kata umi.

Allahu.. Itu yang umi fikirkan?

“Lelaki ke perempuan anak dia tu?” soal umi.

“Lelaki”

“Dah kahwin ke? Berapa umurnya?” soal umi lagi.

Sudah terpesong jauh ni.

“Beza 6 tahun dari As katanya. Masih single” balas abi.

Aku tersentak. Mula rasa tidak sedap hati. Aku rasa, aku tahu apa dalam fikiran umi pada ketika ini.

“Allah. Dah nak 30 tahun lah, kan? Macam tua sangat ke untuk As?” kata umi.

Aku menelan air liur.

Tapi, beza 6 tahun tu, masih better apa. Nadia dengan Adrian beza 9 tahun. Setakat beza 6 tahun, apalah sangat, kan?

Kejap. Yang aku nak membela sudah kenapa? Entah-entah dia tak nak orang yang jurangnya sehingga 6 tahun untuknya. Tapi, macamlah aku inginkan sangat.

“Orangnya nanti turut serta dalam makan malam ni, ke?” soal umi.

“Entahlah. Tengok sahajalah” balas abi.

Sudah nampak abi mula malas nak melayan.

“Kalau kerjanya bagus, ada rupa, As tak kisah, kan kalau umi nak jodohkan dengan As?”

Allah. Awalnya. Nampak sangat sudah lama rancang, aku je yang lalai.

“As tak kisah. Kalau umi dengan abi sudah berkenan. Apa salahnya, kan?”

Tapi, tolonglah tengok betul-betul kali ni. Janganlah sampai pisang berbuah dua kali.

Aku balas seperti itu pun kerana aku sudah redha. Lagipun, dari awal lagi memang aku sudah memilih untuk memberikan segala pilihan di tangan umi dan abi. It’s up to them. Aku percaya pilihan umi dan abi adalah yang terbaik untukku. Tambahan pula, aku percaya kalau aku yang cari sendiri, banyak soalan diajukan.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now