Bab 13

178 18 4
                                    

Selepas 4 jam aku di dalam dewan kuliah ini mendengar Prof. Nayla berceloteh, akhirnya ruangan ini menjadi semakin lengang.

Aku seperti biasa, malas nak keluar awal-awal. Bukan nak ke mana-mana pun.

Dengan pergerakkan yang seperti sudah setahun tidak makan, aku mengemas segala barangan dan matchbookku.

“Fifilina!”

Segera aku menoleh ke arah suara itu datang.

Aku melihat Aryan dengan keningnya sudah terangkat sebelah memandangku.

“Hi” balasku lalu sambung mengemas barangku.

Segera Aryan mengatur langkah menghampiriku lalu melabuhkan punggung di sebelahku.

Dia juga turut membantu aku kemas segala baranganku yang entah kenapa lebih banyak sudu dari kuah. Yang guna tak banyak, tapi bersepah bukan main.

“Sorry sebab tak duduk dengan awak tadi. Saya tak jumpa awak” balasku tanpa memandang wajah Aryan.

Bukan sengaja. Aku masuk-masuk, terus nampak muka berang Prof. Nayla yang nampak macam nak makan orang sahaja, segera aku mencari tempat kosong. Tak sempat nak berbasi-basi mencari Aryan dalam dewan kuliah yang mempunyai 300 orang pelajar.

“Tak apa. Saya faham. Tapi, sekarang ni awak kenapa? Macam moody je?” soal Aryan.

Tajam betul akal seketul Aryan Hafiy ni. Nampak sahaja ada yang tak kena denganku.

Kisahnya, aku ada terdengar rumor about aku yang sudah berpunya. Tapi, itu sahaja aku tahu.

Aku ni, memang pantang kalau ada orang sebar berita palsu. Lagi-lagi jika tentang aku. Memang auto rasa nak menyantau orang sahaja ni.

Tapi aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Kalau Aryan bertanya, maknanya berita itu belum sampai di telinga dia lagi.

“Nothing. Biasalah.. Perempuan ada pasang surutnya” kataku lalu berdiri.

“Kalau macam tu, is there anything I can do to get you back in the mood, lil girl?” soal Aryan.

Aku menjeling Aryan sekilas.

“Nothing. Maybe I just want to be alone. Don’t bother me, okay?” balasku lalu mengatur langkah menuju ke pintu keluar.

Kesian pula Aryan. Dia innocent. Tapi, aku percaya dia akan faham yang adakalanya perangai aku macam ni. Tahulah dia nak buat apa.

“Okay.. But don’t let this bother your appetite!” teriak Aryan yang sudah agak jauh dariku.

Aku hanya mengangkat tangan sambil ibu jari diangkat tinggi menandakan aku faham kerisauan dia.

See. Dah kena ghosting pun, Aryan still caring terhadapku. Lembut pula tiba-tiba hati ini.

----------

Aku melilau tanpa hala tuju. Nak ke perpustakaan, tiada mood. Nak ke kafeteria, tak selera. Nak lepak bilik Nadhirah atau Airis, dua-dua ada kelas.

“Fifi!”

Aku memandang hadapan.

Solehah, kawan sama course denganku, sedang berjalan menghampiriku dengan kawan-kawannya yang lain.

“Hi” balasku sepatah tatkala mereka sudah berada di hadapan.

“Kau nak pergi mana? Aryan mana?” soal Solehah.

“Entahlah. Tak pasti Aryan ke mana”

Sejak bila pula mereka kisah tentang kami? Mungkin ke mereka menyimpan perasaan dengan Aryan? Nak tanya-tanya tu kenapa?

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now