Alhandulillah. 23/12/2023 merupakan tarikh adik aku menamatkan kehidupan bujangnya.
Terfall in love aku semasa melihat Aisyah mengenakan pakaian serba putih elok duduk di hadapan suaminya tadi. Macam akulah. Malu-malu kucing juga masa Si Fahmi tu sarungkan cincin.
Sekurang-kurangnya tak macam Si Harith tu yang tak menyabar nak bergurau dengan aku. Apa yang berlaku hari itu sampai sekarang aku berdendam. Tapi, bukan aku ke yang tak menyabar?
Tak adalah. Memang Harith, kan?
Melihat Aisyah hanya tersenyum malu di hadapan suami yang sudah sah itu, tiba-tiba hati ini rasa sebak. Selepas aku habis SPM, memang kami tak banyak habiskan masa bersama.
Tahu-tahu sahaja masing-masing sudah berkeluarga.
Tanpa sedar, air mata aku mengalir. Adik aku, Khadijah Aisyah kini sudah berkeluarga. Maka, umi dan abi tiada lagi anak yang akan tinggal dengan mereka. Melihat mereka yang turut mengalirkan air mata, buat aku bertambah sayu. Pasti mereka berat untuk melepaskan kami, tetapi memang sudah tertulis semuanya.
Sebagai ibu bapa, masa kita dengan anak sangatlah singkat sebenarnya.
Bagaimanalah aku nak lepaskan anak aku selepas ini. Aku sendiri sebak bila memikirkan semua itu walau anaknya lahir pun belum.
“Nah” kata seseorang sambil menghulurkan sapu tangan.
Aku menoleh ke sisi.
“Kau tak payahlah nak nangis. Buruk betul aku tengok” kata Harith.
Mulut sahaja cakap macam tu, tapi aku tahu hati dia risaukan aku. Tengok mata sahaja aku dah tahu.
Tapi cubalah jadi baik sikit. Nak show-off suami pun aku tak tahu nak show bahagia mana.
“Eh, awak ni. Adik saya, kan. Biarlah nak nangis” kataku seraya mengambil sapu tangan yang Harith hulur tadi.
Terus aku lap air mata yang berjujurai tadi.
“Kau lapar tak?” soal Harith.
“Kenapa?” soalku balik.
“Kalau lapar kita gerak pergi dewan dulu”
Aisyah dengan Fahmi memilih untuk bersanding di dewan di kampung kami ni sahaja. Tak adalah bajet besar sangat. Tak macam majlis persandingan aku. Buat dekat dewan di bandar. Punyalah trend ala-ala wedding of the year, last-last pengantinya lari.
Tragis. Tak patut dicontohi.
“Urmm.. Nantilah. Saya nak tengok-tengok dulu siapa sahaja tetamu. Kot-kot ada kenalan. Boleh membawang kejap” balasku yang sudah tersenyum.
“Macamlah di dewan tak boleh”
“Tak. Yang lapar sebenarnya sekarang ni awak, kan?”
“Mana ada. Aku ni risau pada anak aku dalam perut kau tu. Entah-entah tengah meraung kebuluran”
Aku terus menunduk memandang perut aku yang semakin membukit.
“Baby. Baby lapar ke?” soalku sambil memegang lama perut aku.
Aku diam seketika lalu mendongak memandang Harith.
“Awak. Baby gelenglah. Baby kata baby tak lapar. Rasanya baby tua ni yang lapar, kan?”
Harith sudah menjeling aku tajam. Aku pula sudah menghamburkan gelak tawa.
“As!” panggil umi yang kelihatan berjalan ke arahku.
“Yeah, umi?”
“Kitorang dah nak gerak ke dewan. As nak stay dulu ke?” soal umi.
Aku menjeling Harith.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...