Sebulan berlalu.
Esok merupakan hari di mana satu-satunya kawan baik lelakiku akan menjadi raja sehari.
Sepanjang proses mereka memilih pakaian kahwin atau tema pelamin mereka, semua Aryan kongsi padaku.
Kongsi sekadar cukup syarat sahaja. Tak adalah share tiba-tiba. Bila kami bertemu, itulah modal kami nak berbual. Masing-masing kongsi bagaimana persiapan untuk majlis kahwin masing-masing.
Aryan akan kahwin esok. Aku pula bulan depan.
Sebulan tu tak lama tau. Pejam celik pejam celik, tahu-tahu dah ada di masjid yang dikelilingi ramai manusia.
Akhir-akhir ni, Harith jadi makin sibuk.
Risau pula aku dengan kesihatannya.
Adakalanya dia tak balik ke rumah dan kerja overtime.
Memanglah perkara itu biasa untuk seorang inspektor. Tapi, aku sebagai tunangnya, semestinya akan terlebih risau. Lagi-lagi, kami tidak lama lagi akan berumah tangga.
Aku doakan dia baik-baik sahaja. Aku harap dia tidak terlalu menekan diri dia.
Apa masalah aku ni. Makin hampir tarikh keramat, makin jatuh cinta pula aku dengan tunang aku yang satu tu.
Okey, kita lupakan aku yang dah mabuk cinta ni.
Actually, hari ni Aryan ajak keluar berdua. Katanya, saja nak sambut hari terakhir dia bergelar bujang denganku.
Kami memilih untuk keluar bersama ke sebuah taman.
Sama macam semasa kami di U sebelum ini. Petang-petang, kalau kami tiada kelas dan tiada assignment nak buat, memang kami akan jalan bersama di tasik yang ada di U tu.
----------
Sekarang dah pukul 5 petang.
“Hi. Lama tunggu?” soalku sebaik berhadapan dengan Aryan yang jauh termenung tadi.
Dia berpijak ke dunia nyata. Terus dia menoleh ke arahnya lalu tersenyum.
“Tak adalah. Saya pun baru sampai” balasnya.
Aku hanya membalas senyumannya.
“Kenapa tak nak jumpa di mall?” soalnya.
“Esok kan hari keramat awak. Biarlah awak tenangkan fikiran dengan lihat segala ciptaan Allah ni. Dari pening melayan saya yang tidak tahu nak beli apa ni” balasku.
Aryan tertawa kecil. Aku pun sama.
Kami pun jalan beriringan di sekitar laluan perjalan kaki ini.
Masing-masing lebih suka mendiamkan diri.
Aku hanya memandang sekeliling. Aku juga ingin tenangkan fikiran. Serabut dengan kerja dan persiapan perkahwinan.
“Macam mana dengan persiapan kahwin awak?” soal Aryan.
“Hampir siap. Minggu depan kami nak tengok baju pengantin yang kami tempah tu” balasku.
“Tunang awak macam mana?”
Lelaki ni. Nampak sangat dia tidak suka suasana sunyi. Habis segala benda dia tanya.
“Urmm.. Macam itu sahajalah. Dia masih sibuk dengan kerja. Kami pun jarang berbalas mesej atau call dari malam sehingga pagi. Last jumpa pun minggu lepas” balasku.
Yeah. Tak adanya aku nak merasa bagaimana pasangan bertunang berhubung.
Bertunang dengan inspektor, kan. Kenalah memahami dirinya banyak benda lain yang lebih penting ingin diuruskan.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...