Selepas beberapa minit memandu, akhirnya Harith berhenti di sebuah dataran.
Dataran? Apalah suami aku ni. Kata nak habiskan masa bersama. Kenapa pula dia pilih tempat lapang seperti ini? Tak romantik betul. Lagi elok kalau dia ajak aku pergi supermarket sahaja. Dapat juga aku beli barang dapur.
"Let's go" kata Harith yang sudah membuka pintu di bahagianku.
"Kenapa awak bawa saya ke dataran ni?" soalku sambil mendongak memandang wajah Harith.
Dengan matahari yang masih memancar lagi cuma tak terik sangat.
Walaupun aku memang tidak sabar untuk habiskan masa bersama Harith, tapi kalau sudah tempat ini yang dipilih.. tak apalah. Aku lebih rela pergi kerja semula.
Tiba-tiba Harith membuka payung yang entah dari mana datangnya. Terus dia payungkan aku.
"Jomlah. Kita tak pernah lagi berjalan di sini" pujuk Harith dalam nada lembut.
Yang suami aku nak ajak berjalan di tempat lain dari lain sudah kenapa?
Aku memandang wajah Harith lama.
"Please" rayu Harith yang sudah menghulur tangan supaya aku keluar dari kereta.
Aku mengeluh panjang. Kalau sudah lembut tutur katanya, mana mungkin aku masih mampu berdiri teguh. Memang cair lah jawapannya.
"Iyelah" balasku pasrah akhirnya. Ikut sahajalah. Mana tahu, dengan ada Harith di sini, cuaca yang panas tiba-tiba sejuk. Kita tidak tahu.
Perlahan-lahan, aku pun keluar dari kereta. Harith pula sudah siap-siap berdiri di sisiku untuk menjadi pelindungku dari matahari.
Kami pun sama-sama mula mengatur langkah berjalan di sekitar kawasan yang kelihatan tidak bergitu ramai orang. Ada lah juga nampak pasangan berdating di sini.
Mesti salah seorang dari mereka sama seperti suami aku. Tidak pandai pilih tempat yang lebih romantik.
Ada juga antara kumpulan wanita yang tengok aku atas bawah sahaja apabila dipayung seperti sekarang. Mungkin cemburu kerana dia tidak dipayungi oleh seseorang yang mirip model ini.
"Fifi" panggil Harith.
"Ye?" balasku sambil mendongak memandangnya.
"Bagitahu aku tentang apa yang kau suka dalam novel yang kau baca" pinta Harith.
Aku sudah mengangkat kening sebelah. Jarang Harith nak ambil tahu tentang novel yang aku baca.
"Why?" soalku.
"Saja. Aku cuma berminat untuk tahu"
"And maybe.. we can make it a reality" sambung Harith.
Mata aku sudah membulat besar. Teruja pula tiba-tiba.
"Serius lah?"
"Hmm. So tell me right now, pretty" kata Harith sambil menunduk memandang aku.
Aku tersenyum malu.
Sudah lama aku nantikan Harith tanya soalan ni.
Tanpa menunggu apa-apa, aku terus mencapai tangan kanan Harith yang bebas lalu meletakkannya di bahu kananku supaya aku berada di dalam pelukannya.
"You know what. Hidup saya sekarang memang sudah seperti novel. Semua yang saya suka dalam novel yang saya baca, kesemuanya sudah menjadi realiti" balasku.
"Really?"
"Yup" kataku sambil mengangguk memandang wajah Harith.
Harith hanya tersenyum lalu tiba-tiba sahaja dia mencubit pipiku.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...