My Daddy: Assalammualaikum, pretty. Kau dah bangun? Tidur lena malam tadi?
Tersenyum sendiri apabila membaca mesej dari pengarang jantung ni.
Bangun-bangun sahaja tadi, tiba-tiba rasa ingin tengok telefon. Rupa-rupanya, ada notifikasi dari suami tercinta. Blushing aku subuh-subuh ni.
"Bangun-bangun terus tengok telefon. Bagus sangat lah" sindir umi.
Allahuakhbar. Menusuk kalbu. Sudah dewasa pun masih dapat teguran pedas seperti itu.
Umi yang kelihatan baru keluar dari bilik air sudah mengatur langkah ke arahku.
"Kalau sudah tersenyum-senyum tiba-tiba ni, mesti dapat mesej dari suami" kata umi.
Aku tersenyum lebar memandang wajah umi. Tahu-tahu sahaja.
Mesti berpengalaman.
Tanpa membuang masa melakukan perkara lain lagi, segera aku balas chat Harith.
Me: Waalaikumsalam, my precious husband. Of course saya tidur lena. Saya mimpi indah malam tadi. Tapi, saya tak mimpi awaklah.
Aku tertawa sendiri dengan apa yang aku balas.
Subuh-subuh lagi sudah cari pasal dengan suami sendiri. Kau memang cari nahas lah, Fifi.
Tak sampai beberapa saat selepas Harith melihat mesej yang aku hantar, tiba-tiba sahaja telefon aku berdering. Tertera nombor Harith di skrin telefonku.
"Arghhh!" jeritku.
Whey. Apa aku dah buat?
Itulah. Siapa suruh berani sangat? Memang menempah maut lah jawabnya.
"As dah kenapa jerit subuh-subuh ni?" soal umi yang sudah berkerut.
Aku sudah turun dari katil lalu mula berpusing-pusing setempat. Cemas pula bila tiba-tiba Harith telefon. Rasa nak campak sahaja telefon ini jauh-jauh.
Nasib baru beli.
"Harith telefon lah, umi" kataku yang dalam keadaan cemas.
"Jawablah. Yang As nampak cemas dah kenapa?"
Umi tak faham.
"Urmm.. Umi keluarlah. Kejut abi ke. As kalau nak jawab call Harith kena sorang-sorang sahaja" kataku sambil tersenyum.
Bukan apa. Takut makin banyak aib Harith tersebar. Manalah tahu umi dengar perbualan kami. Tak pasal-pasal haru hidup nanti.
Antara aku malu tak bertempat atau umi trauma sahaja nanti.
"Bukan-bukan sahajalah, korang ni. Iyelah. Umi keluar dulu" kata umi lalu terus mengatur langkah keluar dari bilik ini.
Apabila umi sudah tidak kelihatan dari pandangan, pantas aku meleretkan butang hijau ke sisi.
Pray for me. Sudahlah aku jawab selepas deringan keenam. Lagi sedikit sahaja nak terlepas.
"Asal kau jawab lambat?" soal Harith sebaik sahaja panggilan bersambung.
Dari nada suaranya sahaja aku dapat kenal pasti bagaimana wajahnya sekarang. Mesti dia tengah genggam telefon dia pegang sehingga hampir retak.
"Urmm.. T-tadi biar tunggu.. umi keluar dahulu. S-sebab itulah.. lambat sedikit" balasku.
"Asal kau tergagap-gagap?"
Asal aku tergagap? Sebab aku takut dengan intonasi dia lah! Suami aku ni sudah kenapa?!
Aku menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu. Mengeluh aku dengan perangai subuh suami aku ni.
"Awak dah kenapa? Period? Morning sickness? Pagi-pagi nak marah-marah" soalku.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...