2 minggu berlalu dan sudah masuk tahun baru.
Alhamdulillah, sekarang tiada apa-apa sangat yang berlaku. Hanya pergi dan balik kerja. Masak dan kemas rumah. Gaduh dan berbaik dengan Harith. Hanya rutin biasa.
Setakat ini, tiada sebarang surat ugutan atau serangan dikenakan kepadaku. Jadi, aku baik-baik sahaja. Walau ada terselit rasa takut dan aku perlu sentiasa berjaga-jaga, namun aku tetap rasa semuanya masih lebih baik dari aku diganggu secara langsung.
Jangan mereka guna cara halus sudahlah.
Hari ni, aku ambil cuti kerana ada temu janji dengan hospital. Nak tengok perkembangan baby dalam perut. Katanya sudah masuk 5 bulan. Itu yang perut ini terasa semakin besar ke depan. Nak lakukan sesuatu pun terdapat sedikit kesukaran. Tak banyaklah.
“Awak. Saya dah siap” kataku yang baru memacakkan kaki di hadapan Harith.
Harith yang aku rasa sudah bersandar di keretanya selama lebih kurang 1 jam hanya perhatikan aku atas bawah. Adalah tu yang dia nak hamburkan kepada aku.
“Ambil masa lama-lama nak bersiap untuk apa? Sama je aku tengok” kata Harith yang hanya menjeling aku.
Tengok. Ada sahaja yang dia tak puas hati dengan aku. Dia tak tahu, kalau masa aku ambil lebih sekejap, rupa aku tak sesama ini.
“Don’t blame me, okay. Siapa yang mandi lama sangat tadi? Awak ni sebenarnya mandi lama-lama buat apa?” soalku yang sudah mengangkat kening.
Sudah lama bermain di fikiran, tapi aku diamkan sahaja. Akhirnya, terluah juga.
“Men business. Kau apa tahu” katanya lalu membuka pintu penumpang hadapan.
Men business? Macam bahaya sahaja.
“Sudahlah. Jangan difikirkan dan cepat masuk. Kau ni bukan boleh. Aku cakap sikit, terpesongnya jauh”
Aku hanya tersenyum tidak bersalah. Suami aku ni faham sangat dengan otak aku yang tidak sesuci warna putih ni.
Tanpa membuang masa, aku hanya akur lalu memboloskan diri ke dalam kereta BMW Harith.
“Awak” panggilku apabila Harith sudah melabuhkan punggung di bahagian pemandu.
“Hmm”
“Boleh tak kalau lepas kita dah selesai urusan di hospital, kita singgah McDonald’s? Saya teringin nak makan Mcflurry yang oreo tu. Bayangkan pun boleh terkeluar air liur saya tahu” pintaku sambil membuat nada mengada-ngada.
Harith mengeluh kecil.
“Iyelah. Nanti kita singgah”
Aku sudah tersenyum gembira. Apa-apa aku mahukan, pasti Harith akan turuti. Untung aku dapat suami kaya macam Harith ni
“Seriuslah? Thank you, awak” kata sambil tersenyum gembira.
Harith hanya tersenyum kecil lalu terus menghidupkan kereta. Selepas itu, kereta pun laju meluncur di atas jalan raya.
“Awak” panggilku apabila diri semakin bosan dengan kesenyapan.
“Hmm”
“Memandangkan usia baby ni dah 5 bulan, doktor cakap dah boleh check jantina. Nak battle?”
“Malas” balas tanpa sedikit pun menoleh ke arah aku.
Lajunya. Cuba buat pertimbangan dahulu.
“Apalah awak ni! Tak sporting langsung” marahku yang sudah memeluk tubuh.
Aku mendengar Harith mengeluh. Mesti dia lemah bila nampak aku cemberut. Aku tahu itu kelemahan dia. Pantang nampak aku tarik muka sedikit, dia punya menyerah kalah tu, semua benda dia terimakan sahaja.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...