Bab 22

159 14 0
                                    

Tidur, bangun, makan, kerja. Tidur, bangun, makan, kerja.

Tahu-tahu, tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum aku sah menjadi isteri orang.

Aku memang tak sedar masa terlalu cepat berlalu kerana sibuk dengan kerja.

Projek itu dan ini. Lagi-lagi apabila selepas Aryan sudah berhenti kerja, memang aku agak struggle lah.

Uncle Farhan ada juga suruh aku kurangkan kerja. Macam, tak perlulah nak sibukkan diri memandangkan aku patut lebih tumpukan perhatian pada majlis perkahwinanku nanti.

Tapi, tak kan aku nak bagi segalanya kepada orang lain. Stress dia nanti. Lepas itu, mula lah timbul khabar angin mengatakan Uncle Farhan berat sebelah kerana melebihkan bakal menantunya. Aku tak nak semua itu berlaku.

Sudahlah anaknya seorang inspektor di bahagian jenayah komersial. Tak ke macam tak kena kalau dia memperlakukan seperti itu?

Jujur aku cakap, sekarang memang musim orang nak buat rumah. Habis tak menang otak aku memikirkan segala reka bentuk bangunan mengikut citarasa pelanggan.

Kalau mereka jenis terus terima, memang aku terlebih bersyukur. Ini tidak. Semua nak pakai kepala hotak sendiri. Baik buat plan rumah sendiri.

Nak rasa gugup dan gementar kerana tarikh yang dinantikan semakin hampir pun tak sempat. Otak aku memang sepenuhnya fikir tentang kerja.

Harith pun apa kurangnya. Dia pun sama sahaja sibuk dengan segala kes yang dia uruskan.

Katanya minggu lepas pergi Muar lah. Batu pahat lah. Melaka lah.

Kali terakhir kami bertemu pun semasa majlis perkahwinan Aryan sebelum ini. Selepas itu, memang terus tidak kelihatan.

Kata nak tengok rumah dia a.k.a rumah kami nanti, baju pengantin, dan sebagainya, semuanya kami tak sempat lakukan.

Baju pengantin tu pun aku pergi dengan umi dan ibu Harith.

Inilah namanya dugaan menjadi tunang kepada seorang inspektor yang berdedikasi dengan kerjanya.

Mesej dan call, rasanya macam adalah sekali dua. Kita kena faham, Harith ni jenis tak suka berbual dari medium lain ke medium lain. Jadi, kalau tidak bertemu, memang tidak berbual lah kami.

Aku pun tahu dia sibuk dari Uncle Farhan. Katanya, Harith tak ada di sini sekarang. Dia buat kerja undercover. Tapi, tidak beritahu pula di mana.

Masalahnya, bila difikirkan balik, aku dengan dia sibuk berkerja. Entah bagaimanalah kami selepas sudah mendirikan rumah tangga.

Aku rasa, rumah tu memang bersih sahaja akibat jarang ada penduduk.

Apa-apa sahajalah. Aku hanya berdoa, segalanya dipermudahkan. Aku harap, walau di mana pun Harith berada, dia akan dilindungi Allah. Janganlah berparut semasa naik pelamin nanti.

Hari ini, aku bekerja seperti biasa. Siap datang terlebih awal lagi.

Biarlah kita nampak seperti pekerja cemerlang. Lagi-lagi apabila sudah memegang nama sebagai bakal menantu CEO syarikat. Auto kena berdedikasi pada kerjalah.

Seperti hari semalam, aku sibuk dengan kerja. Makan tengah hari pun aku skip.
Untung ada yang perasan aku tak rehat semasa waktu rehat. Terus dia belikan aku makanan untuk alas perut. Aku makan roti sahaja. Tak selera nak makan benda lain.

Lagipun, kita perlu jaga badan. Takut gaun pengantin dah ketat pula nak masuk.

----------

Aku mengambil keputusan untuk kerja lebih masa hari ni.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now