Bab 23

160 13 0
                                    

Setiap orang yang lalu-lalang, aku endahkan sahaja. Seperti patung. Hanya kaku di tempat duduk yang tersedia di sini.

Sebaik ambulance yang membawa Harith sampai sahaja di hospital, terus dia dikejarkan ke wad kecemasan dan selepas itu ke bilik pembedahan.

Aku baru tahu yang kami sudah berada di Skudai.

Masa, 11.34p.m.

Sudahlah telefon tiada bersamaku. Nak minta telefon jururawat di sini, masing-masing nampak sibuk. Lagi-lagi, aku rasa lemah sahaja nak berdiri.

Tak berdaya.

Aku hanya mampu berdoa supaya Harith selamat. Semoga belum masanya lagi untuk Malaikat Izrail cabut nyawanya.

Aku perasan akan tanganku yang sedikit terluka dan mempunyai bekas tangan seseorang yang menggenggam tanganku kuat sebelum ini.

Penampilan aku pun aku tidak tahu macam mana. Mungkin, tak tumpah seperti isteri yang didera suami.
Dengan tudungnya sudah terpesong dari landasan. Bibir yang luka dan pipi yang merah seperti terlebih pakai blusher. Sebiji sangat.

Pasrah sahajalah. Yang penting sekarang Harith selamat.

Tiba-tiba, aku terdengar seseorang berdehem tidak jauh dariku.

Terus aku menoleh ke arahnya.

Aku membatu untuk seketika waktu apabila melihat jejaka yang berada di hadapanku ini.

Dia berjalan menghampiriku dengan wajah yang risaukan. Dia risaukan aku ke?

“Luka awak pun patut dirawat” katanya sambil meletakkan seplastik ubat dan krim sapu di sebelahku.

Aku hanya memerhatikan plastik itu tanpa berkata apa-apa.

Aku masih tak boleh nak buat apa-apa akibat hati yang belum tenteram. Biarlah aku buat selepas tahu status Harith.

Kejap.

Macam mana dia tahu aku di sini? Adakah dia juga tahu apa yang sudah berlaku?

Bukan. Aku tahu soalan yang lebih menarik.

Selepas lama mendiamkan diri, akhirnya aku bersuara.

“Qaisy” panggilku.

Dia yang masih setia berdiri di sebelahku terus menumpukan perhatian kepadaku.

“Sepanjang apa yang berlaku malam ni, adakah awak ada sahaja memerhati?” soalku.

Bila aku ingat balik, dialah orang terakhir yang berhubung denganku sebelum aku diculik.

“Keluar dari kereta tu sekarang!”

Dan dia tahu akan keberadaan seseorang dalam keretaku. Jadi, apakah jawapannya sekarang? Apa motif dia lakukan semua ini? Dia berada di pihak yang mana?

Qaisy mendiamkan diri lama.

“Yeah. Saya minta maaf sebab tak dapat nak lakukan apa-apa” balasnya sambil menundukkan kepala.

Sudah diduga jawapan itu.

Walaupun aku agak rasa terkilan dengan perbuatannya kerana langsung tidak membantu aku, tapi semuanya sudah berlaku. Mungkin ada sebab dia tidak lakukan apa-apa. Dan aku harap sebabnya kukuh.

“Awak ke yang call ambulance?” soalku lagi.

“Yeah” balasnya.

Sebab itu ambulance sampai dengan lebih awal. Masalahnya, aku call pun tidak.

Sekurang-kurangnya, dia tetap lakukan sesuatu dan bukan hanya menjadi pemerhati. Aku bersyukur kerana hadirnya dia pada ketika ini.

“Thanks. Saya masa tu buntu sangat. Kalau nak tunggu saya yang call ambulance, agaknya dah bertemu ilahi Harith nya”

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now