Bab 32

122 15 5
                                    

Apabila kami sampai di bumbung, aku dapat lihat ada beberapa lagi orang yang sudah bersedia di sini. Mereka menunggu kehadiran kami untuk dibawa pergi.  Dengan keadaan yang berangin disebabkan sayap helicopter yang berpusing laju, aku hanya mampu berdoa kepada Al-Muhaymin untuk pelindungan-Nya. Aku jadi takut memikirkan apa yang bakal berlaku selepas ini.

Kami hanya mengikuti langkah Azila di hadapan sambil dikelilingi orang-orangnya. Aku hampir-hampir sahaja terkena anxiety apabila dikepung seperti ini. Tapi, tubuh aku memang sudah menggigil habis.

Tiba-tiba, Azila yang sudah sampai betul-betul di hadapan helicopter, berpusing ke belakang menghadap kami. Dia mengambil sesuatu dari belakang lelaki di sebelahnya lalu menghalakan ke arah kami.

Pistol? Bagai nak gugur jantung aku apabila melihat objek berwarna hitam itu.

Bang!

Terhenjut sedikit bahuku. Aku terkaku untuk beberapa saat akibat impak kejutan. Kuat betul bunyi itu. Aku rasa boleh dengar sampai bawah.

Tak sakit. Maknanya, bukan aku yang ditembak. Mata yang tadinya tertutup akibat refleksi terus dibuka.

Aku terdiam seribu bahasa apabila mendapati Qaisy sudah berada di hadapanku. Dapat aku lihat wajahnya sudah berpeluh-peluh. Bibirnya juga sudah kelihatan tidak berdarah.

“Qaisy” panggilku apabila melihat ada kesan lubang di baju hitamnya. Sedikit demi sedikit, warna hitam itu bergabung dengan warna merah.

Wajah Qaisy semakin pucat walau kaki masih teguh berdiri. Aku juga turut bergitu. Pucat. Aku terkejut. Apa yang sudah berlaku?

Bang! Bang!

Sekali lagi aku tersentak. Dua das tembakan sudah dilepaskan. Dan kedua-duanya membuatkan Qaisy terhinjut sedikit. Adakan maknanya, kedua-dua tembakan itu mengena jejaka di hadapanku ini?

Aku tergamam. Kalau tidak Qaisy yang berada di hadapan aku, pasti tembakan itu, semuanya mengena aku. Qaisy melindungi aku. Kenapa? Dia bukan sesiapa untuk aku.

Tiba-tiba Qaisy Naufal memuntah darah. Tangannya yang terikat di belakang membuatkan dia tidak mampu menahan pendarahan dari terus keluar. Dan akhirnya, dia jatuh tersembab ke lantai.

Aku terdiam. Mulutku terus tertutup rapat apabila kejadian itu berlaku di hadapanku. Ini adalah kali kedua aku melihat seseorang ditembak di hadapanku mataku. Aku masih trauma.

“Tugas kau dah selesai. Dah tak perlu lagi kau perhatikan kami dan ganggu kerja kami” kata Azila.

Maknanya, memang tembakan itu ditujukan untuk Qaisy. Maknanya, Azila memang tahu Qaisy akan lindungi aku. Disebabkan itu, dia hanya menghalakan pistol itu kepada aku. Kenapa lelaki ni buat macam tu?

Automatik aku melutut. Selain kaki yang sudah lembik akibat menyaksikan tragedi yang baru berlaku tadi, aku juga ingin melihat dengan dekat wajah lelaki yang telah menggadaikan nyawanya untuk aku.

“Q-Qaisy” panggilku yang sudah berlinang air mata.

Dia memandang aku lemah. Aku membalas pandangannya sayu. Air mata semakin deras keluar. Aku ingin bantunya, tapi tangan aku juga turut terikat.

Qaisy tersenyum kecil.

“Terima kasih.. Zahra. Awak.. betul-betul.. mengingat saya.. tentang isteri saya. Saya.. gagal lindungi dia. Saya.. harap dapat lindungi awak, tapi.. saya terpaksa pergi. Saya.. minta maaf.. kerana.. tak dapat nak lindungi awak lagi” kata Qaisy.

Entah kenapa, kata-katanya menusuk tepat ke jantung aku. Aku jadi sebak walau aku dengan dia tidak cukup rapat. Tapi, setiap apa yang diluahkan, ditujukan untuk isteri tercinta. Aku hanya seseorang yang mengingatkan dia kepada isterinya.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now