Bab 24

93 17 0
                                    

Selepas sekian lama pasangan yang bagai cincin dengan permata menenangkan hati masing-masing akhirnya, Inspektor Harith Anaqi bertolak ke Kelantan. Manakalanya, isterinya pula, Fifilina Az-zahra hanya statik di hadapan pintu pagar dan memerhatikan jalan yang dilalui kereta suaminya itu.

Aku mengeluh kecil.

“Harith dah bertolak” kataku sendiri.

Banyak juga pesanan yang Harith beri kepada aku tadi. Itu yang sampai keluar rumah pukul 10, bertolak pukul 11. Memang lambatlah suami aku sampai di Kelantan sana.

“As” panggil seseorang dari arah belakang.

Segera tubuh ini dipusingkan 180 darjah ke belakang.

“Marilah masuk. Berdiri di luar lama-lama buat apa?” kata umi.

“Okay, umi” balasku lalu terus berjalan masuk ke dalam rumah.

Apabila aku sudah masuk ke dalam rumah, terus langkah diatur menuju ke arah sofa.

“As nak air? Umi boleh ambilkan?” soal umi.

“Bolehlah, umi. Haus juga tekak ni bercakap sahaja tadi”

Umi hanya tersenyum kecil lalu terus berjalan menuju ke arah dapur.

Tiba-tiba abi menghampiri aku lalu melabuhkan punggungnya di hadapanku. Aku hanya tersenyum memandang wajah orang tuaku itu.

“As memang macam ni ke setiap kali Harith kerja luar?” soal abi.

“Urmm.. Selalunya biasa-biasa sahaja. Sekadar berbual panjang sikit. Tak adalah se-extreme ni”

“Tak adalah. Abi tengok Harith nak masuk kereta tadi pun dah teragak-agak bila nampak As macam tu. Itu yang abi terfikir macam mana selalunya dia boleh tinggalkan As semasa As berseorangan”

Tiba-tiba umi datang dengan membawa segelas air suam lalu menghulur gelas itu ke arahku.

“Thanks, umi” balasku sambil mencapai gelas suam itu.

“Umi pun sebenarnya terfikir juga. Sebab, dia tadi memang nampak susah betul nak tinggalkan As walau umi dan abi ada sahaja. Macam mana masa As sorang-sorang”

Allahuakbar. Betul-betul curios parents aku ni.

“Disebabkan keadaan As yang sedang mengandung dan kes-kes yang berlaku di sekitar kami, Harith jadi makin paranoid. As pun jadi agak terlebih emosi kali ni. Itu yang sampai berdrama tadi. Selalunya tak macam ni pun” balasku.

Umi dan abi mendiamkan diri mereka seketika.

“Iyelah kalau macam tu. Tapi, As ni mengada-ngada sangatlah. Takut nanti baby dalam perut tu ikut perangai ibu dia, tak pasal-pasal penat nak melayan” kata umi.

Aku tersenyum.

“As tak akan penat punya. Sebab Harith yang akan layan”

Umi mengeleng pasrah berserta mengeluh kecil.

Kira adil lah. Aku mengandung, Harith yang jaga.

“Abi rasa, As dah okay ni. Dah sihat”

Aku tertawa kecil. Memang aku cepat sahaja sembuh. Lama-lama demam, siapa nak layan. Buat susahkan diri sendiri sahaja.

----------

“As tak beli barang baby lagi ke?” soal umi.

Jadi, sekarang kami bertiga sedang makan tengah hari sama-sama. Aku dan umi yang masak tadi. Abi jangan tanya dia buat apa ketika kami masak.

Harith pula, dia kata dia sudah sampai Batu Pahat dari hasil perbualan kami tadi. Memandangkan hari ini Jumaat, Harith kata jalan agak jem.

Itu yang aku sempat ber-video call dengan Harith tadi. Sengaja ingin mengurangkan kebosanan dia. Alang-alang dia masih ada masa untuk aku. Nanti sudah sibuk, payah dah walau untuk bermesej.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now