Sedar atau tidak, tinggal sebulan sahaja lagi sebelum aku menghadap semula kuliah yang berjam-jam.
Nasiblah hanya tinggal beberapa sahaja lagi assignment yang belum siap.
Kerjaku di syarikat juga sudah menjadi lebih tenang.
Inspektor psiko tu pun sudah tak mengganggu aku selepas dia menyuruh aku ikut dia ke ibu pejabat sebelum ini.
Masalahnya, dia suruh aku ke sana semata-mata ingin aku ulang semula apa yang aku sudah pernah cakap sebelum ini.
Nonsense betul.
Bukan ke dia dah tulis semuanya? Memang sengaja nak menyusahkan hidup aku.
Lupakan sahajalah.
Buang masa sahaja aku berfikir dengan inspektor psiko tu.
Lagipun, hari ni Aryan sudah setuju untuk teman aku ke festival buku besar-besaran di Johor Bahru.
Kita sebagai penggemar novel, memang tidak cukup jika hanya membawa RM100 ke sini. Paling tak pun, RM500 perlu ada dalam poket.
Dan lagi satu, aku tahu macam tak penting pun kalau aku ketengahkan isu ni, tapi aku dah berjaya move on dengan Aryan.
Aku sudah tak rasa apa-apa yang istimewa bila bersama dia. Lagipun, aku kan someone special in his life. Tak kisahlah apa hubungan kami pun.
“Awak nak beli berapa novel?” soal Aryan sebaik kami menjejak kaki ke dalam festival ini.
Aku yang tadinya agak teruja terlebih hyper apabila melihat pelbagai buku yang tersusun rapi di hadapan berpuluh orang yang beratur segera memandang ke arah Aryan.
“Urmm.. beli sampai duit saya habis” balasku sambil tersenyum.
Aryan tertawa kecil.
“Saya bukan nak judge hobi membaca awak ni, tapi tak macam awak terlalu membuang duit dalam bab ni ke?” soal Aryan.
“Hello, Encik Aryan Hafiy. For your information, semua novel yang saya sudah habis baca, saya akan jual. Then, duit tu saya guna pula untuk beli novel lain”
Aku bukan jenis suka baca satu novel tu berulang-ulang kali. Kecuali novel tu dah berjaya membuat aku fall in love dengannya.
“Iyelah, saya faham” balas Aryan sambil tersenyum.
“Awak jangan nak belanja saya apa-apa ye. Biar saya beli semua novel saya nak guna duit saya sendiri” amaranku.
Aku sebagai seseorang yang sudah mengenali Aryan untuk 3 tahun, memang sudah faham sangat dengan perangai pemurah hati tak bertempat dia tu.
Aryan masih mengekalkan senyumannya.
“Fine. Saya tak akan ganggu awak nak membeli”
Aku hanya membalas kata-kata Aryan dengan senyuman.
Tanpa berkata apa-apa, kaki terus mengorak langkah ke tempat yang diingini.
Aryan pula hanya mengikuti belakangku, kerana dialah yang agak memegang segala buku yang aku beli selepas ini.
Untuk check point yang pertama, 3 buah novel telah selamat dibeli olehku.
“Fifilina. Saya ada nampak buku yang sana nak beli. Boleh tak awak teruskan berjalan berseorangan? Selesai je saya beli buku tu, saya terus datang pada awak” kata Aryan.
Aku tertawa kecil.
Aryan ni risau sangat nak biarkan aku berseorangan.
“Pergi jelah”
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...