Bab 17

170 13 0
                                    

Jadi, alhamdulillah result sudah keluar minggu lepas.

Aku dengan Aryan datang bersama untuk mengambil result kelmarin. Masing-masing sedikit sibuk, sebab itu ambil lambat sedikit.

Not too bad and not too good.

Cukup-cukup makanlah kalau nak apply kerja di syarikat Uncle Farhan. Tak adalah nampak sangat ada cable.

Result Aryan pula terlebih makan.

Member memang pandai orangnya. Insecure, tapi dalam masa yang sama aku yang terlebih excited bila nampak result cemerlang dia tu.

Sesuailah nak kahwin dengan seorang professor.

So far, aku hanya bagitahu keluarga aku sahaja mengenai result memuaskan aku ni. Tak tahulah kalau sudah tersebar sehingga ke pendengaran inspektor psiko tu atau tidak. Sebab, sebarang ucapan tahniah pun tidak dititipkan untukku.

Apa-apapun, minggu depan aku sudah boleh temuduga di syarikat Uncle Farhan.

Lepas tu, terus boleh jadi pekerja tetap memandangkan aku sudah ada pengalaman 3 bulan.

Walau tak lama, tapi kerana cable, semua boleh jalan.

Aku mengandaikan yang kemungkinan untuk aku dapat pekerjaan itu adalah dalam 70 hingga 100 peratus. Jadi, aku perlu cari tempat tinggal memandangkan jauh dari rumah umi dan abi.

Tak kan nak ulang-alik dari Johor Bahru ke sini, kan? Minyak bukan murah.

Aku memang sudah merayu. Sudah memberi segala hujah dan penerangan. Sudah menaburkan seribu satu janji yang dengan izin Allah aku akan tunaikan. Tapi, umi tetap melarang aku untuk tinggal bersendirian. In the end, rumah mak long juga sasaran.

----------

Maka, hari inilah hari aku akan berangkat ke rumah mak long.

Cara menulis macam tidak pernah sahaja aku ke sana, kan?

Tangan umi dan abi disalam.

Pelbagai nasihat diberi seperti aku ingin ke negara orang sahaja. Aku akur sahaja. Sudah menjadi kebiasaan apabila ibu bapa terlebih merisaukan anaknya yang tak nak matang ini.

Selepas segala sesi air mata yang sudah bertakung tak mengalir berlaku, aku segera berjalan menuju ke Honda City silverku.

Segera kereta dipandu selepas enjin dipanaskan untuk seketika waktu.

Kalau jalanku dipermudahkan Allah, sebelum waktu asar aku sampailah.

----------

Mak long mengalu-alukan kehadiranku seperti ini kali pertama aku menjejak kaki di rumahnya.

Bilik sudah tersedia dan sedikit pun tidak disentuh sejak aku menetap di sini. Katanya, ini memang bilikku, jadi tiada sesiapa akan guna.

Esok, aku ada temuduga. Jadi, aku memang tidak buat apa-apa sangat hari ini memandangkan nak sediakan ayat untuk esok.

Selepas penat membaca skrip yang jarang orang sediakan semasa ingin menghadiri temuduga, aku membaca novel sehingga sedar sudah lewat malam. Itupun berhenti seketika kerana ingin ke tandas.

Selesai urusanku di dalam tandas, aku sambung baca novel sehingga tahu-tahu aku sudah terlentang di atas katil dengan novel di sisi dan jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.

Biasalah. Kalau dah asyik sangat membaca, terlelap pun kita tak sedar.
Segera aku berlalu ke bilik air untuk bersiap.

----------

Aku hanya memakai bedak asas dan lip balm sahaja. Nak natural beauty gitew. Natural lah sangat.

Selepas cermin mata besarku dipakai, segera aku keluar dari bilik lalu menuju ke meja makan untuk bersarapan.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now