Bab 14

96 11 1
                                    

"Assalammualaikum, saudara di sana" kata wanita di dalam video itu sambil tersenyum.

Perasaan ingin tahuku tinggi. Selepas dalam dilema untuk 1 hingga 2 minit, akhirnya aku tekan sahaja.

Wajah wanita dalam video ni cantik sangat. Matanya berwarna hazel. Bertudung dan nampak lembut sahaja. Mungkin dia yang namanya ialah Eryna.

"Saya tak tahu di mana saya berada semasa awak lihat video ni, tapi saya rasa saya sudah tiada, bukan? Sebab sejak seminggu dua minggu ni, hati saya kuat mengatakan saya akan pergi tak lama lagi"

Aku sebenarnya terfikir sama ada Qaisy tahu atau tidak mengenai kewujudan video ni. Aku harap dia tahu.

"Awak ingat sebelum ni, saya pernah cerita Noah Nikolaj ada satu rancangan besar? Jadi, inilah rancangan dia. Jual maklumat sulit negara, kemudian buatkan negara kita lemah untuk kebaikan diri dia"

Noah Nikolaj? Dia orang yang sama mengganggu ketenteraman suami aku, kan? Lelaki itu pun terlibat dalam kes wanita cantik ni?

"Saya.. tak mampu nak lihat orang di negara kita merempat di bumi sendiri. Saya dah tak mampu nak bersubahat dalam semua ni lagi. Hidup bergelumang dengan dosa. Saya dah tak pasti sama ada Allah S.W.T terima atau tidak doa saya kalau saya sudah lakukan semua ni. Jadi, saya nak berhenti. Biarlah saya pertahankan negara kita pula"

Kelihatan wanita itu diam untuk seketika waktu. Dia menundukkan pandangan untuk beberapa saat kemudian kembali mendongak memandang kamera.

Kelihatan matanya berkaca.

"Qaisy. Saya rasa, inilah pengakhiran untuk kita. Terima kasih kerana terima saya sebagai isteri awak, dan terima kasih kerana menjadi suami saya"

Aku sedikit tergamam. Jadi, wanita cantik ni ialah isteri Qaisy Naufal?

"Saya tak dapat nak luah banyak dalam keadaan macam ni. Tapi, pada ketika kali pertama saya nampak awak, saya terkedu. Tak sangka, wajah innocent awak tu berjaya menyembunyikan diri awak sebenarnya pembunuh upahan. Awak hebat kerana mengaburi pandangan saya"

Qaisy pembunuh upahan? Cerita apa pula aku tengah tengok ni?

"Kalau takdir sudah tertulis saya meninggal untuk lindungi negara kita, maka itu tandanya saya mati syahid. Jadi, jangan terlalu tangisi pemergian saya ye. Kalau saya dapat masuk syurga Allah, maka saya akan tarik awak supaya kita boleh bersama-sama di sana. Saya tunggu awak"

Bang! Bang!

Aku terkejut beruk. Tiba-tiba sahaja terdengar bunyi tembakan. Aku ingat dari luar, rupanya dalam video ni.

Kelihatan wajah wanita itu sudah pucat dan dia mula gelisah. Tanpa berkata apa-apa lagi, video itu pun tamat.

"Wanita itu.. isteri Qaisy. Dia.. betul-betul sudah meninggal dunia ke?" soalku sendiri.

Persoalan tadi pun belum terjawab, kini bertambah pula. Pening kepala aku memikirkan semua ni.

Pang!

Aku terjerit kecil.

Banyak sangat sound effect lah hari ni. Nasib tak terkeluar sahaja jantung aku.

"Kau asal aku panggil tak menyahut?" soal Harith yang menjadi punca aku menjerit tadi.

Buka pintu tu kalau boleh sampai tertanggal. Geram pula aku jadinya.

Aku menarik nafas panjang sambil mengurut dada. Harith pula sudah berjalan ke arahku.

"Yang kau diam je kenapa? Aku tanya kau ni" soal Harith sedikit kasar.

"Saya tengah buat kerja sedikit ni lah. Tak perasan awak panggil. Janganlah marah sangat" balasku yang sudah menarik muka.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now