Sudah lebih sebulan berlalu.
Nothing interesting boleh aku share.
Lagipun, aku tak rasa korang nak baca macam mana aku pergi kuliah setiap hari, ada masa terluang aku baca novel, bila malam aku siapkan assignment dan bila aku lapar aku kikis duit Aryan.
Memang itu sahajalah rutin aku.
Lagipun, lebih kurang 2 bulan lagi sebelum exam, jadi adalah kadang-kalanya masa aku akan dihabiskan di perpustakaan.
Tapi ada sesuatu aku nak kongsi. Aku sebenarnya, kan menyampah betul dengan Prof. Laila.
Aku okey je sebenarnya dengan dia. Dia pun lecture yang hebat.
Yang aku menyampahnya, dia tu memang kalau diizinkan, nak sahaja tulis pada dahi Aryan guna permanent marker “Ini tunang saya. Jadi jangan terkejut jika saya memberi segala kelebihan padanya di dalam kelas saya.”
Menyampah betul pada seseorang yang tak boleh bersikap professional dan mengasingkan hal kerja dan urusan peribadi.
Cuba contohi Aryan ni. Ada dia kesah awak tu tunang dia? Di U tunjuklah hubungan seperti lecture and student. Ni tak! Apa-apa semua nak bagitahu Aryan. Tapi, aku tak pernahlah nampak Prof. Laila menunjukkan hubungan mereka dikhayalak ramai. Katanya memang nak secret-secret sahaja, tapi itulah..
Hanya, kalau dia nak buat sesuatu mengejut, memang apa-apa dia bagitahu Aryan dulu. Dan Aryan pula akan bagitahu aku. Memang aku dengan Aryan jarang berahsia. Ada sikit-sikit mungkin.
Tapi, yang aku respect pada Aryan, hubungan kami memang tak berubah langsung. Cara layanan dia pada aku, sikit pun tak berubah. Cuma, adalah masanya dia akan cakap yang dia tak boleh kerana mommy dia minta teman Prof. Laila buat sesuatu.
Tetapi hari ni. Entah macam mana, ada nyamuk betina datang mengacau aku dengan Aryan yang sedang berdating di Mid Valley. Maksud aku, nyamuk betina tu ialah Prof. Laila.
Aku tak tahulah Aryan yang bagitahu lokasi kami atau memang kebetulan kami terserempak dengannya.
Setiap kali Prof. Laila bertentang mata dengan aku, memang senyuman manis yang terukir. Tak tahulah kalau diam-diam mengata.
Aryan kata, dia sudah bagitahu Prof. Laila yang aku, kawan wanita terapatnya ialah orang yang tahu mengenai status mereka sebagai tunang.
Teringin aku nak tengok reaksi Prof. Laila pada ketika itu. Kalau tanya Aryan, of course dia akan jawab, “Dia tak kisah. Dia faham”.
Duh. He too naïve and innocent. Aku tak pelik kalau itu sahaja modal jawapan Aryan setiap kali ditanya.
Tapi, apabila aku melihat pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini bertemu, memang aku angkat tangan cakap, “you can go out with your fiancé. And you can leave me alone.”
Just kidding. Aku cakap, “pergilah teman Prof. Laila. Saya ingat nak pergi beli buku. Apa-apa saya call awak.” Dan Aryan walaupun teragak-agak, akhirnya dia akur sahaja diheret oleh mak harimau masuk ke dalam gua yang akan mengikis segala duit yang ada.
Niat sebenar aku memang tak terlintas pun nak beli buku. Hanya itu sahaja alasan yang aku dapat dalam masa yang singkat. Rembat sahajalah.
Aku yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke sebuah butik pakaian, terus melencong ke washroom apabila perut tiba-tiba sahaja melancarkan protes. Terasa memulas-mulas sahaja. Aku tak tahulah apa bahan laksa yang aku makan tadi sehingga terkejar-kejar aku ke tandas.
Nasiblah aku sudah terpisah dengan Aryan. Kalau tidak, kesian dia kena menunggu aku lama di dalam tandas. Inilah hikmahnya mengalah.
----------
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...