“Itu yang Zila katakan. Dia tak cakap kenapa mereka mahu awak tidak berkahwin. Tapi, saya pasti ada sesuatu”
Dan sebab itu, aku ingin korek sendiri.
Masih ada sesuatu yang tersembunyi dan aku ingin carinya. Aku ingin tahu apa yang aku tak tahu. Walau aku tak pasti apa risiko yang bakal aku hadapi, namun aku tetap ingin tahu.
Jika aku membuat pilih untuk anggap apa yang Rizwan katakan itu betul, jadi ada seseorang yang mahukan aku. Namun, siapa? Kenapa mereka mahukan aku?
Semalam, selepas aku bertemu bekas tunangku, aku tidak henti-henti mempersoalkan segalanya. Fikiran aku jadi tidak tenang jika aku tidak mengetahuinya. Sehingga tidak berkualiti tidurku jadinya.
Malam semalam juga, aku tidak tahu kenapa, tetapi Harith tidak mesej aku apa-apa langsung. Apakan lagi menelefonku.
Subuh ini juga.
Ada sesuatu berlaku. Atau mungkin Harith hanya terlalu sibuk? Sehingga subuh?
Aku jadi tidak tenang apabila tidak mengetahui khabar berita kekasih hati di sana. Sudahlah fikiran aku serabut memikirkan apa yang dikatakan Rizwan. Ditambah pula dengan kerisauan terhadap suami tercinta. Tak tenang aku jadinya.
Apa-apa sahajalah.
Pandai-pandailah Si Harith tu hidup. Sekarang ni, fikiran aku jadi tidak tenang disebabkan apa yang diterangkan oleh Rizwan. Jadi, aku akan menyiasat segalanya. Aku patut fokus pada satu dahulu. Baru mudah untuk uruskan selebihnya.
Aku sudah meminta beberapa maklumat peribadi bekas isteri Rizwan iaitu Azila serta gambarnya. Namun, tiada apa-apa yang pelik mengenai dirinya. Tiada apa-apa yang menimbulkan kecurigaan terhadap diriku walau sudah berapa kali aku teliti.
Dia bersekolah di sekolah yang biasa. Masuk kerja sama syarikat dengan Rizwan dan akhirnya berkahwin dengan tunang orang kerana kena tangkap basah di sebuah hotel.
Bila aku fikirkan semua ni semula, aku pasti Rizwan memang ada hati pada Azila. Sebab itu dia redha dengan perkahwinan dia. Namun, ada sesuatu yang buat aku musykil.
Bekas tunang aku tu tiadalah kaya sangat. Kalau dia nak jadi gold digger, kenapa dia tak jadikan CEO syarikat dia yang gatal tu sahaja sebagai sugar daddy. Bekas tunang aku juga dia mahukan.
Bukan sangat Si Rizwan tu. Jika nak dibandingkan, memang suami aku lebih kaya dari Rizwan.
Aku ingat lagi semasa Rizwan ada bawa aku ke pejabatnya untuk ambil barang, CEO syarikat itu boleh nak pikat aku terang-terangan. Sudahlah tua. Tidak sedar diri pula. Tapi, pelik kenapa Si Azila tu nak juga tunang orang.
Bila fikir balik, nampak logik jika Rizwan diperangkap dengan wanita macam tu. Dia tu alim sikit. Mungkin banyak sangat bersangka baik.
Namun, lebih baik aku tidak percaya seratus peratus. Tidak mahulah tertipu hidup-hidup. Tak pasal-pasal sejarah lama berulang.
Alang-alang hari ini sudah hari Sabtu dan aku cuti, jadi aku ingat ingin ke sesuatu tempat. Aku pasti dia dapat tolong dalam hal ini. Lagipun, dia kan detektif.
--------
“Puan Fifilina. Kenapa cari saya tiba-tiba ni?” soal lelaki yang baru mengambil tempat di hadapanku.
Aku mendiamkan diri seketika.
Baru pukul 10 pagi dan aku mencari kerja sendiri dengan datang ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Kalau aku datang untuk bertemu suami tidak apa juga. Ini bertemu lelaki lain.
“Detektif Farieq. Urmm.. Ada sesuatu yang saya nak minta tolong” kataku.
Kelihatan lelaki di hadapanku ini sudah mengangkat kening tidak percaya. Mesti dia pelik bagaimana isteri seorang inspektor yang digeruni tiba-tiba sahaja meminta bantuan seorang detektif.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...