Bab 18

103 13 0
                                    

“Pretty, wake up” katanya dalam nada berbisik.

Merasakan seseorang menyentuh mukaku lembut, perlahan-lahan mata ini dibuka. Terus rupa paras mirip model antarabangsa menerpa irisku.

Dia tersenyum manis apabila pandangan kami bersambung. Aku juga turut tersenyum walau mata kecil sahaja terbuka.

“Assalammualaikum, my pretty angel. Did you have a sweet dream last night?” soal Harith seraya mencium lama dahiku.

Aku tertawa kecil. Jarang-jarang Harith nak tanya aku mimpi apa malam tadi. Masa awal-awal kahwin pernahlah.

“Waalaikumsalam, my precious husband. Of course I have a sweet dream. Because I dream about you”

“Me too” balas Harith lembut.

Aku tersenyum bahagia. Pagi-pagi lagi sudah dilayan seperti ini. Seronok betul.

“Aku sebenarnya kejut kau ni.. sebab nak ajak solat subuh sama-sama. Aku rindu mengimamkan kau”

“Awwww.. Too sweet hubby saya ni. Baiklah, saya bangun sekarang” kataku lalu terus mengubah posisiku kepada duduk.

Mata aku gosok-gosok dahulu serta aku juga turut meregangkan otot-ototku.

“Ni air masak” kata Harith lalu menghulurkan aku segelas air suam.

“Terima kasih”

Segera aku meneguk air suam itu sehingga habis. Malas aku nak tanya sejak bila ada air itu dalam bilik ini.

“Dah. Pergi basuh muka, gosok gigi dan ambil wudhuk” arah Harith lembut.

“Baik, daddy” balasku lalu terus turun dari katil. Segera langkah ini diatur menuju ke arah bilik air.

--------

“Awak gerak pukul berapa hari ni? Kalau boleh, biarlah lambat sikit” soalku selepas sesi solat berjemaah bersama Harith selesai.

Aku ingat, nak habiskan masa lebih banyak dengan Harith. Memandangkan aku katanya sudah seminggu koma. Diri aku ni terasa rindu sangat nak bermanja dengan satu-satunya suami aku ni.

“Aku cuti hari ni” balas Harith acuh tak acuh.

“Seriuslah? Why?”

“Sebab kau”

Aku tersenyum lebar. Manis sahaja mulut suami aku ni. Blushing aku jadinya.

“Cakaplah betul-betul. Awak cuti kenapa? Malas? Ada juga awak kena buang kerja nanti”

Harith tertawa kecil lalu dia menjatuhkan kepalanya sehingga mendarat di pehaku. Terus dia melentokkan kepalanya di situ lalu memejamkan mata.

“Betullah. Aku cuti sebab kau. Aku tak puas lagi dengar suara kau”

Makin blushing aku jadinya. Tiba-tiba, semua benda aku nak blushing. Pelik sungguh.

“Ada-ada sahajalah awak ni” kataku sambil mengusap rambut Harith.

Sudah lama aku tidak membelai kepala Harith. Main rambut dia yg sedikit panjang tapi tak sangat ini. Geram aku.

“Fifi” panggil Harith.

Lamunan aku ternoktah.

“Ye, awak?” soalku yang masih membelai lembut kepala Harith.

“Boleh tak kau dodoi aku”

Huh? Aku salah dengar ke? Telinga aku banyak sangat masuk air sehingga tidak berfungsi dengan baik ke? Harith baru minta aku dodoi dia? Sudah buang tebiat ke apa?

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now