Akhirnya, sampai pun rumah. Kau ingat tak penat bershopping ni? Buat pening kepala je nak pilih baju apa.
And, aku akhirnya ada pakaian yang sesuai semasa mengandung. Alaa.. gaun labuh je. Dari sebelum ni seluar sahaja, kan.
Cuba teka aku dapat berapa helai baju?
Korang pasti terkejut punya. Suami aku ni Harith Anaqi kot. Seorang inspektor. Anak kepada CEO syarikat holding. Kaya whey.
Dah teka?
Aku..
dapat..
Satu je.
Terkejut tak? Mungkin tak.
Aku ni geramkan suami aku tu. Hidup-hidup aku kena gula dengan dia. Kata nak main "Just touch I'll pay" lah. Last-last kelaut.
Aku nak yang ni, dia kata tak cantik. Aku nak yang tu, dia kata cantik sangat. Habis kau nak apa, jambu?
Lepastu, alasan dia belikan aku sehelai baju sahaja sebab aku punya iPhone dah 6k.
HELLO, ENCIK HARITH ANAQI. YANG NAK SANGAT IPHONE TU AWAK LAH. SAYA NAK HEMPON NOKIA JE TAU TADI.
Apa-apapun, kami sampai rumah ni masa magrib. Biasalah, kalau dalam mall masa tu kalau boleh nak cepat-cepat berlalu. Nak shopping juga agaknya. Aku baru pergi dua kedai, tahu-tahu dah 5 jam berlalu. Tak ke merepek?
Tapi, kan. Tak kena call tiba-tiba pula Si Harithnya. Free pula sepanjang masa tadi. Mungkin mereka memang bagi masa aku bersama Harith.
Aku yang perasan Harith sudah menanggalkan pakaiannya lalu menuju ke bilik air terus ditahan olehku.
"Awak. Biar saya mandi dulu" kataku seraya mencapai tuala.
Harith yang baru sahaja ingin membuka pintu bilik air terus berpusing ke arahku. Dia menjeling aku tajam. Mesti dalam kepala dia seperti, "Aku dah buka baju tau. Buta ke?"
"Badan aku melekitlah. Biarlah aku mandi dulu" katanya meleret.
"Badan saya pun melekit. Ingat awak sorang je ke?" bantahku.
"Kau dah dapat iPhone baru, kan. Siap baju lagi. Cuba mengalah untuk hari ni" kata Harith.
"Eh. Dua-dua tu kira nafkah untuk saya ye. Lagipun, awak dah gula-gulakan saya tadi. Biar saya mandi dulu. Tengah panas hati ni" kataku seraya sudah berura-ura berjalan melepasi Harith untuk membuka pintu tandas.
Tiba-tiba Harith bergerak ke kiri sedikit, iaitu ke hadapanku. Terus aku tercium dadanya.
Aku menjauhkan diri.
"Apa ni? Saya nak mandi lah" kataku yang sudah menaik nada.
Harith menggaru kepala yang kelihatan tidak gatal.
"Okey macam ni. Kalau kau nak sangat mandi.. Jadi kau mandi sahajalah dengan aku" kata Harith yang sudah tersenyum nakal.
Aku sedikit tersentak.
"Lagipun.. dah lama aku tak gosokkan belakang kau"
Makin lebar senyuman Harith.
Eyyyy.. SUAMI AKU NI KENAPA?!
"Awak" panggilku dalam nada ketakutan lalu menunjukkan lenganku.
"Bulu roma saya dah naik 90 darjah dah. Meremang bila dengar awak cakap macam tu" kataku sambil menyalut-nyalut lenganku.
"Yang kau nak malu sangat ni kenapa? Macamlah tak pernah"
Terus aku menutup muka.
"Entahlah! Saya tak tahu kenapa saya kena malu. Tapi, saya tetap rasa nak malu"
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...