Dari tadi aku tidak reti duduk diam. Berjalan ke sana dan ke sini.
Jantung ini jangan tanyalah, sudah 300km/j lajunya berdegup.
"Fifi. Duduklah. Aku pula yang serabut tengok kau ni. Cair juga make-up kau nanti" kata Nadhirah yang sedang duduk di atas tilam.
"Fifi relax lah. Ris tak suka tengok Fifi gementar macam ni. Cuba istighfar banyak-banyak" kata Airis pula.
Aku memandang mereka sekilas lalu sambung sesi menenangkan diriku.
Semasa malam berinai malam semalam, tak pula aku segugup ni. Kenapa apabila tinggal beberapa jam sahaja lagi, dia punya gugup, rasa macam nak lari sahaja dari pernikahan ini. Auto menjadi kisah lain.
Aku masih tak sangka hari ini akan tiba. Hari di mana aku akan menamatkan kehidupan bujangku.
Tak sangka aku akan bernikah hari ni. Terasa seperti baru semalam aku habis SPM, tahu-tahu hari ini sudah nikah dengan seorang jejaka yang tak habis-habis nak buat hidupku hura-hara dari mula lagi.
Dia punya degil, tak boleh bawa bincang.
2 minggu yang lepas..
"Awak. Kita hold dulu lah majlis perkahwinan kita tu" pintaku.
Harith yang sedang duduk berehat di atas katil hospital terus memandang aku tajam.
"Dah kenapa?" soalnya sedikit kasar.
"Sebab faktor kesihatan" balasku.
"Kenapa? Kau sakit ke?"
"Not me. You"
"Eh, aku dah okey lah. Lagipun, bernikah perlukan kekuatan ke? Selain untuk malamnya, aku rasa, tak ada apa-apa yang perlu aku gunakan tenaga"
Berona merah muka aku.
Macam tak kena sahaja apabila lelaki ini sebut tentang "malam tu."
"Jadi, kau tak payahlah nak tangguh-tangguh ye. Cepat nikah, cepat kau jadi milik aku. Noktah"
Macam itulah bagaimana aku tidak tangguhkan majlis perkahwinan kami dan teruskan sahaja mengikut jadual sepatutnya.
26/6/2022. Dah bolehlah ni tukar segala kata laluan telefonku kepada nombor itu.
Risau juga aku sebenarnya kepada Harith. Tapi, biar sahajalah. Dia kan Harith Anaqi. Pandai-pandailah dia jaga diri.
Sekarang aku di rumah Aunty Anis. Tumpang bersiap memandangkan sesi pernikahan kami akan dijalankan di Masjid An-Nur.
Harith pula bersiap di rumahnya, atau mungkin aku boleh cakapkan, rumah kami nanti? Nanti sahajalah.
Nikah pukul 11 dan selepas itu kami akan ke dewan perkahwinan untuk bersanding.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami hari ni.
Tiba-tiba pintu bilik ini diketuk.
Auto melompat sedikit aku jadinya. Sudahlah tengah gugup, memang semua benda terasa seperti kejutan sahaja sekarang.
Terpacul susuk tubuh umi di hadapan muka pintu.
Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik ini.
"Macam mana pengantinnya?" soal umi sambil memandang Nadhirah.
"Entahlah, mak cik. Macam makin teruk pun ada" balas Airis.
Aku yang masih tidak boleh duduk diam terus berjalan ke arah umi yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelah Nadhirah.
"Umi" panggilku.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...