"Seminggu dari sekarang"
Dan.. itu maknanya lusa.
Sepanjang masa ini, aku cuba untuk jadi lebih kuat. Cuba untuk lupakan seketika dan hargai masa yang tinggal. Namun, aku gagal. Aku lebih banyak menghitung waktu dari meluangkan masa bersama Harith.
Harith pun apa kurangnya.
Aku tahu bukan salah dia, tetapi sejak kurang seminggu yang lalu, dia jadi semakin sibuk di ibu pejabat polis.
Tapi, apa aku boleh buat? Melalak? Menangis dan merayu supaya dia luangkan masa dengan aku? Walau aku nak, tapi aku tak boleh.
Bukan tidak boleh kerana Harith tidak akan layan aku, tetapi tidak boleh kerana aku ego.
Aku menganggap bahawa Harith memahami aku dan tanpa disuruh dia akan duduk diam di rumah untuk bersama aku.
Dan aku rasa, kalau aku menangis atau mengada-ngada meminta Harith mengabdikan dirinya di rumah ini, aku hanya terlibat kebudak-budakan dan tak matang kerana tidak memahami situasi suami sendiri.
Kerana itu aku sudah tetapkan pada diri aku, bahawa aku tidak akan susahkan hidup Harith. Biarlah dia lakukan kerja dia dan melihat aku tersenyum.
Pada ketika ini, aku harap sangat untuk sampai pada hari lusa perlu melalui 8760 jam. Dan setiap jam, akan dipenuhi dengan segala kenangan. Namun, semua itu tidak akan jadi kenyataan.
Tiba-tiba pintu bilik air dibuka besar. Terus terbang segala lamunan dan pemikiran buruk aku. Marilah kita fokus pada masa kini.
Aku yang sudah siap-siap duduk melunjur terus berpusing ke arah makhluk terseksi abad ini yang baru keluar dari bilik air itu.
Aku tersenyum memandangnya yang merenung aku pelik.
"Kenapa senyum-senyum? Ada apa-apa kau nak ke?" soal Harith yang sudah berdiri di hadapan aku.
Dia sudah mencekak pinggang. Aku pula masih mengekalkan senyuman lebar menunjukkan barisan putih gigiku.
"Nak tu" balasku sambil menunding jari ke arah Harith.
Harith memandang ke arah yang ditunjuk oleh aku.
"Apa? Dada aku?" soal Harith yang sudah mengangkat kening.
Aku tertawa kecil.
"Bukanlah. Saya nak semua"
Giliran Harith pula tertawa kecil.
Seksi sangat dengar dia ketawa pada ketika ini. Tergugat iman aku.
Tiba-tiba, dia menundukkan tubuhnya supaya sebaris dengan wajahku.
Dia tersenyum nakal sambil menatap tempat iris hitamku.
"Aku faham. So now.. close your gorgeous eyes, my pretty angel" kata Harith dalam nada berbisik.
Allah. Berdebar pula aku malam-malam ni. Tiba-tiba sahaja detak jantungku berubah kencang.
"Awak nak buat apa?" soalku.
"You will know after you close your eyes"
Aku akurkan sahaja. Walau hati tiba-tiba sahaja kian tidak tenteram tatkala perlu menutup mata, aku gagahi diri sahaja.
Keadaan menjadi sunyi seketika. Aku pula makin tidak keruan kerana diam sangat.
Tiba-tiba, aku merasakan satu jentikan padu tempat mengena dahiku. Terus aku membuka mata besar.
"Awak, sakitlah!" marahku yang sudah menggosok bahagian yang dijentik kuat oleh lelaki di hadapanku ini.
Kerja nak mengasari aku sahaja. Aku report pada umi dan abi, baru tahu langit tinggi ke rendah.
YOU ARE READING
Adrenaline [Complete]
RomanceHighest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, sering bertemu dengan seorang lelaki yang mencurigakan baginya. Mana taknya. Pertembungan mereka, adakalanya terasa seperti sudah dirancang...