Bab 6

119 13 0
                                    

Seminggu berlalu dan hampir setiap pekerja di syarikat tahu aku mengandung. Biasalah, ayah punya gembira sampai semua benda di sebarkan. Paling tak pun, tak adalah Cik Farisyah tu nak gunakan alasan mengandung dia dengan aku lagi.

Alhamdulillah, semuanya setakat ini berjalan lancar. Aku pun tidak terlalu meragam sepanjang aku mengandung ni. Tak ada pun mengidap benda pelik-pelik.

Yeke?

“Harith. Awak tahu tak apa dalam fikiran saya sekarang?” soalku yang baru sahaja melabuhkan punggung betul-betul sebelah Harith.

Harith yang sedang ralit menonton perlawanan bola sepak yang aku malas nak ambil tahu kumpulan apa lawan apa, hanya memandang aku sekilas.

“Aku malas nak teka”

Allahu.. Bosannya lelaki ni.

“Alaa.. Bendalah awak ni. Kalau awak tak nak teka saya straight to the point jelah”

“Baguslah”

“Saya craving famous amos” kataku yang sudah memegang lengan kekar milik suamiku.

Harith menjeling aku sekilas.

“Kau tak nampak ke aku tengah layan bola? Lagipun, mana ada kedai biskut buka malam-malam ni”

Betul, tapi aku mengidam nak makan benda alah tu. Ni semua salah Iris yang sibuk nak bagitahu dia dengan suami dia sama-sama tengah buat chocolate chip.

First, aku cemburu sebab Iris dengan suami dia kalau boleh sweet sampai kena diabetes. Lepastu, biskut famous Amos dia tu lagi. Dah lah gambar je buat aku terliur.

“Betul juga. Tak apalah kalau macam tu” kataku lalu terus bangun.

Dengan wajah yang mendung, langkah diatur beredar dari sini.

Tak sampai beberapa langkah, tangan kananku ditarik lalu tubuh aku terdorong ke belakang dan punggungku mendarat betul-betul di riba Harith.

“Kau betul-betul nak makan biskut tu ke?” soal Harith yang sudah menongkat dagunya di bahuku.

“Hmm”

“Nak aku buatkan?” soalnya dalam nada berbisik.

Terus aku menoleh ke sisi. Mataku sedikit membulat.

“Awak nak buatkan?” soalku kurang percaya.

“Macam aku kata. Mana ada kedai biskut buka 9 lebih macam ni. Lagipun bahannya ada sahaja. Aku boleh kot buatkan”

“Awak biar betul ni?!”

“Ada nampak aku main-main ke?”

Aku menggeleng.

“Then..” Terus tubuh aku diangkat lalu diletakkan ke tepi.

“Aku nak buatkan famous amos kau tu sekarang” kata Harith lalu menuju ke dapur.

Dan selepas itu, dapatlah aku merasa Famous Amos by Harith dalam pukul 11 malam. Not bad sedapnya. 8/10. Aku pun tak tahulah apa sahaja lagi suami aku pandai. So far macam semua kerja rumah dia menguasai. Aku? Mampu sapport dari sisi sahaja.

Paling tak pun, suami aku pun sweet macam suami Iris. Pembetulan, dia lebih sweet dari mana-mana suami dalam dunia ni. Kecuali abi aku lah.

Masa aku nampak dia kelihatan sangat mahir lakukan semua kerja, aku terus macam..

Wheyy. Suami aku yang psiko tu pandai buat biskut? Inspektor Harith Anaqi yang digeruni ramai tu boleh buat biskut? Biar betul? Tak kan semua benda ada pada diri dia. Pandai masak. Pandai kemas rumah. Ni nak buat biskut pun dia pandai? Tak adil. Aku semua kelaut.

Adrenaline [Complete]Where stories live. Discover now