NAIM FAEEQ duduk di atas kerusi makan bersama seisi keluarga. Hanya bunyi sudu dan garfu kedengaran di ruangan atmosfera. Sepatah perkataan langsung tidak dikeluarkan. Senyap.
"Vino.." Selang beberapa minit kemudian, Tuan Mercilio bersuara. Ekor matanya dialihkan ke arah Naim dengan tatapan serius.
"Berhenti mengajar.." Tegas lelaki asal Itali itu.
Mendengar kata - kata ayahnya, Naim terpaku. Tangan yang sempat mengenggam sudu itu kemudiannya diletakkan di atas meja.
"Berhenti jadi pensyarah dan teruskan jadi doktor" Katanya lagi.
Namun begitu, kata - kata Tuan Mercilio langsung tidak disahut. Naim perlahan menggelengkan kepalanya seraya bangkit dari tempat duduk itu.
"Sorry, awal - awal lagi Im tolak. Lebih baik Im stay dengan pekerjaan Im sekarang berbanding dengan kerja doktor" Tolaknya dengan keras.
Datin Aulia yang melihat respon anak lelakinya itu kini mengetap bibir merahnya dengan rapat. Faham akan situasi Naim, sudah bertahun - tahun Naim tidak meneruskan bidang kedokterannya.
Sebab apa?
Hanya satu sebab.
Amaya Nur. Seorang gadis yang pernah mencuri hati anak lelakinya yang langsung tidak pernah melihat perempuan dan perempuan yang mampu membuatkan Naim jatuh hati hanya seorang.
Ya, Amaya Nur.
"Sebab Maya ke, Im taknak kerja dekat hospital lagi?" Soal Datin Aulia. Cuba beranikan diri, dua tahun dia diamkan diri untuk mengungkit mengenai Amaya.
Saat si ibu melontarkan persoalan itu, Naim tenung wajah Datin Aulia. Lama.
"Lebih baik mengajar daripada terus jadi doktor.." Ujarnya serius. Sejenak kemudian, lelaki itu mengatur langkahnya menjauhi Tuan Mercilio dan Datin Aulia.
Kembali kepada pekerjaan itu? Cukuplah dengan apa yang berlaku dua tahun yang lepas.
BUNYI telefon pintar berdering mengejutkan Amaya. Laju gadis itu mengukirkan senyuman tatkala melihat nama pemanggil yang tertera di atas skrin telefon Iphone itu.
My fiance'
"Assalamualaikum.." Suara serak basah dan garau itu menerpa dalam sistem pendengaran Amaya. Daripada berbaring, terus terduduk di atas katil sambil memeluk bantal peluknya.
"Waalaikumsalam.." Sahut Amaya. Bibir terbit senyuman. Jam di dinding sempat dikerling.
"Buat apa tu?" Soal Naim dengan kelembutan nada suaranya itu. Tidak pasal - pasal jantung Amaya berdegup dengan kencang. Kerinduan Amaya terhadap tunangnya semakin membuak - buak setelah hampir setahun tidak bertemu.
"Nothing, I tengah baring - baring je. Tengah tunggu you call I.."
"Sorry, aku ada operation tadi. Ni pun baru habis, kau dah makan?"
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed