MTHE | 36

11.2K 417 1
                                    

"TURUNKAN I dekat sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TURUNKAN I dekat sini." Ujar Selina sebaik sahaja kereta berjenama Porsche berhenti di hadapan sebuah kafe kecil.

"You tahu apa yang you patut buat?" Nicholas memandang wajah Selina sekilas. Dia mahu pastikan rancangan mereka berjalan dengan lancar. Rancangan untuk membalas dendam.

"I tahu.." Selina menunjukkan riak biasa. Tanpa ragu-ragu, tubuh itu keluar daripada perut kereta. Kaca mata hitam yang tersarung pada wajahnya diletakkan ke dalam beg sebelum langkah diatur masuk ke dalam kafe tersebut.

Ting!

"Benvenuto! (Selamat datang!)" Sapa salah seorang pekerja yang berada di situ. Selina hanya membalas dengan senyuman tipis. Tak lama kemudian, ekor matanya beralih pula memandang sosok tubuh seorang gadis yang sedang duduk dengan tudung menutupi kepala itu.

Hanya sekali pandang, dia tahu itu Hanim Eriana. Anak bongsu kepada Tengku Raihan dan juga adik kepada Tengku Haffaz Daiyan dan Tengku Haziq Rafael. Keluarga ini sudah tentu dikenali oleh orang ramai.

Namun, berbeza dengan Tengku Hanim Eriana yang lebih suka hidup berdikari daripada bergantung dengan keluarga. Buktinya, walaupun keluarga gadis itu memiliki syarikat besar tetapi tetap saja gadis itu memilih untuk bekerja sendiri.

Sementara Hanim, duduk dalam keadaan resah. Pelbagai perkara yang bermain dalam fikirannya buatkan dia takut. Kalau benar? Adakah sanggup dia untuk menghadapinya?

"Excuse me, Tengku Hanim Eriana?" Suara seorang wanita menegurnya buatkan Hanim angkat wajah. Terpampang jelas wajah seorang wanita yang cantik lagikan lekukan tubuh yang menawan.

Model? Rasanya iya...

"Ya?" Hanim menyahut.

Perlahan-lahan Selina labuhkan punggung di atas kerusi. Betapa anggunnya gadis itu buatkan Hanim berasa rendah diri. Inikah perempuan yang sedang mengandung anak suaminya?

"You dah tahu kenapa I nak jumpa you, kan?"

"No, bukan you yang nak jumpa I tapi I yang nak jumpa you. Apa motif you nak send gambar tu dekat I? Saja nak rosakkan rumah tangga I?"

Selina tertawa sinis. Lihat daripada luaran, kelihatan lembut tapi tak disangka, gadis itu juga boleh jadi garang.

"I nak bagitahu kebenaran."

Hanim terdiam.

"I kenal macam mana suami I. Dia takkan lakukan benda.."

"Are you sure?" Selina sengih. Seketika Hanim terpaku melihat reaksi Selina. Bahkan saat Selina mengeluarkan sekeping gambar yang memaparkan kelakuan tidak senonoh itu menimbulkan perasaan asing dalam hatinya.

"I dah tidur dengan dia sebelum you. I rasa you tak tahu siapa I. Before dia jumpa dengan you, before dia balik Malaysia, keluarga I dan keluarga Naim dah sepakat untuk kahwinkan I dengan Naim. But, wujudnya you.. You rosakkan semuanya."

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now