BELLA tersentak saat Naim menghentakkan tapak tangan itu di atas meja. Mata itu berkeliling memandangnya dan juga anak buah lelaki itu silih berganti. Masing-masing meneguk air liur payah.
"Delete.." Ringkas dia memberikan arahan. Komputer riba di atas meja ditutup bersama kemarahan yang semakin membara. Ini betul-betul sudah melampaui batas.
"Tapi Tuan.."
"Tapi apa?! Kerja senang, buat ajelah. Apa yang kau takutkan lagi?" Bentak Naim. Setelah berlakunya pertengkaran antara dia dan Hanim, semuanya jadi serba tak kena. Emosinya semakin tidak tentu arah dengan pelbagai fitnah dilemparkan kepadanya.
"Tapi berita ni Tuan Mercilio yang keluarkan." Jelas Bella sedikit tergagap. Tubuhnya menggigil apabila lelaki di hadapannya seperti mengeluarkan satu aura yang mampu menekan diri itu.
Mendengar kenyataan itu, Naim tersenyum sinis.
"Orang tua tu memang tak habis-habis nak ganggu hidup aku." Ujar Naim sedikit bengang. Tubuh bangkit lalu cuba bangkit blazer hitam yang tergantung di tempatnya. Lantas, dia sarungkan pada tubuhnya yang sasa dan tinggi.
Melihat tingkah majikannya, Bella kerutkan dahi.
"Tuan nak pergi mana?"
"Bella, aku nak kau uruskan Hanim dekat rumah." Meluncur laju sahaja soalan itu keluar dari mulutnya. Tidak menghiraukan langsung soalan yang Bella tujukan kepadanya.
Pada masa yang sama, Bella terkaku di tempatnya. Lama dia memandang figura tubuh lelaki sebelum langkah keluar daripada ruangan tersebut.
"Tuan, Puan dah tak ada."
Langkah itu terus terhenti. Tubuh berpusing menghadap Bella yang masih lagi setia berdiri tidak jauh dengannya.
"This is not funny, Bella. She never leave me." Kepala digeleng tidak percaya. Mana mungkin Hanim akan tinggalkannya, dia tahu kasih gadis itu kepadanya.
"She did it.."
Lelaki itu kaku. Dia berdiri statik seperti orang gila. Bahkan matanya langsung tidak berkerdip.
"Silakan Tengku Hanim Eriana, kalau itu yang kau nak aku tak boleh halang. Kau nak cari ketenangan, boleh. Tapi jangan harap aku akan lepaskan kau."
Ayat itu masih terngiang dalam mindanya. Adakah hanya disebabkan kata-kata itu Hanim bertekad untuk pergi dari hidupnya? Tak.. Tak mungkin..
"Bella, aku tak suka bila kau tipu. Kau bersubahat dengan Hanim, betul?"
Bella menggeleng laju. "Saya tak bersubahat dengan sesiapa pun. Puan sendiri yang nak keluar."
"Kenapa tak bagitahu aku!"
"Sa-Saya dah cuba bagitahu Tuan tapi Tuan taknak dengar apa-apa."
Susahnya jadi orang tengah. Dia sendiri tidak tahu ingin menyampaikan apa kepada dua insan yang sedang bertengkar. Ya, hanya kerana nila setitik, rosak susu belanga.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed