"DARA okey tak ni?" Soal Puan Aminah. Tubuh Dara yang terbaring di atas katil dengan keadaan tidak bermaya membuatkan hati seorang ibu semakin gusar.
"Okey.. Sakit sikit aje.." Ujar Dara sekadar mahu menyedapkan hati Puan Aminah. Bukannya dia tak tahu bagaimana ibunya sejak tadi, kehulur kehilir tak tentu arah.
"Sikit apanya kalau ibu asyik nampak Dara muntah-muntah. Risau mana tahu keracunan makanan ke."
Dara menggelengkan kepalanya. Bibir dikemam rapat sebelum dia menarik senyuman nipis. Entah mengapa air matanya saat ini mahu saja mengalir.
"Ibu.. Dara minta maaf tau.." Lembut Dara bersuara. Namun boleh kedengaran nada suaranya begitu lemah. Sumpah tak ada kudrat lagi Dara mahu bangkit daripada tempat tidurnya.
"Kenapa minta maaf pula ni?" Puan Aminah mengerutkan dahi.
"Minta maaf sebab Dara buat ibu risau."
Puan Aminah mengeluh panjang. Satu-satunya anak perempuan yang dia ada hanya Idara Asha seorang. Walaupun Amaya sentiasa berada dalam hatinya tapi Idara keutamaaannya sekarang.
"Ibu, kalau Dara bagitahu ibu pasal ni. Tolong jangan bagitahu sesiapa. Termasuk ayah dan abang Efzan." Dara tersenyum nipis. Tetapi disebalik senyuman itu Puan Aminah merasakan ada makna tersirat yang ingin disampaikan.
"Ya, ibu tak bagitahu."
Puan Aminah melabuhkan punggung di atas birai katil anak perempuannya. Rambut Dara sempat diselitkan dibelakang telinga gadis itu.
"Ibu jangan sedih tau.."
"Kenapa ni Dara? Jangan buat ibu takut, nak." Berdebar jantung Puan Aminah ketika itu. Berharap tak sempat gugur sebelum anaknya memberitahu perkara yang ingin disampaikan.
Sejenak kemudian, Dara menarik nafas bagi membekalkan keyakinan. Lalu dihembus sebelum dia menyampaikannya.
"Dara sakit.."
"Sakit apa? Demam? Batuk?"
Dara menggeleng kepala sekali lagi.
"Penyakit hati."
Bagaikan dipanah dengan petir, Puan Aminah bungkam seketika. Lama dia memandang anak mata Dara. Tunak mata itu semakin hangat. Hampir gugur air mata seorang ibu.
"Ya Allah.." Itu saja yang mampu Puan Aminah ucapkan. Patutlah selama ini Dara terlihat lemah, cepat penat dan kadangkala sering memuntahkan sesuatu selepas makan.
Dara menahan sebak apabila melihat reaksi ibunya. Inilah sebab mengapa dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar. Takut ibunya akan terluka.
"Kenapa tak bagitahu ibu selama ni?" Puan Aminah memandang anak perempuannya dengan pandangan sayu. Luluh hati itu. Kenapa hidupnya perlu diuji? Tidak cukup dengan pemergian anak sulungnya, dia diuji lagi dengan penyakit yang dihidap oleh anak bongsunya.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed