"ERI, you dah okey? Sorry tau. I tak tahu pun you ada alergic dengan kacang." Farisha datang menghampiri Hanim sebaik menyedari keberadaan gadis itu. Melihat sahaja riak wajah, Hanim tahu Farisha tidak sengaja.
"It's okay, benda dah jadi tanpa kita tahu apa-apa. By the way, Sorry tau I tinggalkan you dengan kerja yang banyak."
Farisha laju menggelengkan kepala.
"My fault. Biarkan je I siapkan kerja you. Lagipun you tengah sakit, takkan I nak bagi semuanya dekat you." Balas Farisha sembari mempamerkan senyuman itu.
Hanim hanya turut menghadiahkan senyuman. Rasa bersalah pun ada sebab Farisha yang terpaksa menyelesaikan kertas kerja yang sudah berlambak di atas meja pejabatnya.
Lama mereka mendiamkan diri, Farisha tiba-tiba memandang Hanim dengan satu tatapan yang membuatkan Hanim tidak selesa.
"Kenapa pandang I macam tu?" Soal Hanim sambil tertawa palsu.
"Sampai bila you nak tipu I, Eri?"
Hanim teguk air liur. Tipu? Bila?
"Sorry? I tipu you? Bila masa?" Ruas dahinya kelihatan sudah berkerut. Kedua-dua kening itu hampir bertaut dan masih dalam kebingungan. Tidak faham dengan bait kata yang baru sahaja dilontarkan oleh Farisha.
"You sepatutnya bagitahu yang you wife Tuan Naim. Tahu tak bila I tahu semuanya ni I rasa macam diperbodohkan." Keluh Farisha bersama tatapan umpama pisau belati. Tidak puas hati. Tetapi bila masa Farish tahu identiti sebenarnya?
"Macam mana you tahu?" Nada suaranya berubah separuh menjerit. Tampak terkejut.
"Rumor ni dah meluas dalam hospital kita. Semua orang dah tahu you isteri tuan pengarah after Basyirah terlepas cakap."
Mahu sahaja Hanim menepuk dahi sendiri. Basyirah memang selalu jadi punca masalah keadaan. Sekali mulut terbuka, entah rahsia siapa yang boleh terkeluar.
"Tapi I hairan kenapa masa kita berdua jumpa dia kat kafe. Korang berdua macam tak kenal each other. Berlakon? Seriously, tak sangka pun kalau itu betul berlakon." Ujarnya. Detik pertemuan itu masih terbayang dalam ingatannya. Tidak mungkin pasangan suami isteri itu sedang berlakon. Kalau benar berlakon, memang layak menerima anugerah Oscar.
"Nope. Itu bukan lakonan. Dia tak kenal I pun siapa saya."
Farisha kerutkan dahi. "But how?"
"Panjang ceritanya. Biarlah cuma I dengan dia tahu macam mana. Tapi apa yang you nampak I sekarang ni jauh beza dengan I yang dulu. You panggil I Eriana, tapi orang yang dah kenal I dari dulu akan tetap panggil I sebagai Hanim." Bibir mengukirkan senyuman tipis. Sekurang-kurangnya dia dapatkan rasakan lagi bagaimana hidup sebagai Hanim.
"I tak tahu yang you ada nama lain selain Eriana."
Hanim senyum lagi. Farisha memang hanya mengenalinya sebagai Eriana sejak awal lagi. Tidak pernah pun Farisha tahu kewujudan Hanim pada nama itu.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed