MTHE | 30

13K 411 0
                                    

BIBIR asyik tersengih - sengih menatap skrin telefon pintarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BIBIR asyik tersengih - sengih menatap skrin telefon pintarnya. Tanpa sedar, ada sepasang mata memerhatinya dengan tatapan penuh api kecemburuan. Makin ingin tahu apabila senyuman Hanim semakin melebar.

"Siapa tu?" Tegur Naim. Dingin dan sedikit kasar.

"Zariff." Laju Hanim membalas. Mendengar nama lelaki itu, Naim terus melabuhkan punggung atas sofa lalu memanjangkan sedikit lehernya ke arah Hanim. Mencuri pandang.

"WhatsApp?"

"Haah, comel tau budak ni. Dia selalu cakap pasal Marisa. Dah tu tak segan pula nak ukirkan senyuman, saya suka dia.." Sekali lagi Hanim taburkan perasaan cemburu kepada Naim. Bergerak - gerak rahang lelaki itu menahan perasaan geram

"Cuba tengok." Naim hulurkan tangan untuk merebut telefon pintar isterinya. Tapi Hanim lebih pantas menjauhkannya.

"Ni privasi saya, mana boleh tengok."

"Privasi? Aku suami kau, semua aku dah tengok. Nak kata privasi, apa lagi?" Naim angkat sebelah keningnya. Hanim nak berkata - kata tu kena sedar diri sikit yang sekarang dia bukannya bujang lagi. Sudahnya ada laki di samping.

"Cih! Awak sentuh saya pun belum." Hanim meremehkan lelaki itu. Sepanjang mereka berkahwin, mana pernah Naim ingin menyentuhnya. Bahkan Hanim sendiri tak pernah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Dia pun dah malas. Buat apa nak tergedik dekat lelaki yang taknak hargai diri ni?

"Are you sure, dear?" Tiba - tiba lengan kekar itu merangkul batang leher Hanim. Tubuh sang isteri kaku sejenak dan pada masa itu Naim mengambil kesempatan untuk merebut telefon pintar di tangan isterinya.

"Awak buat apa hah?!" Riak wajah si gadis berubah cuak bila merasakan tapak tangan Naim yang hangat mula menjalarkan ke dalam perutnya lalu diusap begitu lembut.

"Aku nak tuntut hak aku." Suara garau dan serak berbisik dalam halwa telinga. Hanim tegur air liur payah. Adakah dia sendiri yang memerangkap diri masuk ke dalam kandang buaya itu ataupun tak?

"Awak... Saya bergurau je tadi.." Hanim tersenyum kelat. Tiba - tiba tubuhnya takut untuk berhadapan dengan Naim.

"Aku tak bergurau, aku nakkan hak aku. Sekarang." Naim cuba menghampirkan wajahnya dengan wajah isterinya. Kali ini tatapannya benar - benar hanya tertumpu kepada Hanim. Tidak lepas sama sekali.

Serentak dengan itu, degupan jantung Hanim tidak berhenti laju berentak. Air liur entah kali keberapa sudah diteguk. Masalahnya sekarang ini siapa yang harus menggoda? Dia atau lelaki itu?

Dulu Naim yang berkeras untuk tidak menyentuhnya. Tapi apa ni?

"Hanim, aku nak hak aku." Bisik lelaki itu. Dalam nada suaranya juga, Naim seakan tidak mahu memaksa Hanim. Tapi saat itu juga, entah mengapa rasa ingin memiliki gadis itu semakin kuat.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now