DUIT berlambak di atas meja membuatkan senyuman lelaki itu semakin melebar. Para gadis yang berada disampingnya dirangkul lalu membiarkan tubuh yang sasa dan tinggi tersebut dipeluk erat oleh mereka.
"Menang besar kau, Nicholas.." Tutur seorang lelaki muda. Tidak habis dengan dadah. Nicholas juga terlibat dengan aktiviti judi.
"Come on, ni Nicholas.." Dadanya didabik kuat. Berlagak.
"Macam mana hubungan kau dengan model tu?" Si rakan mula menghamburkan soalan itu. Tahu selama ini Nicholas mempunyai hubungan sulit bersama seorang model dan juga pelakon berdarah kacukan Kanada-Melayu itu, Selina Ariel.
"Apa yang macam mana? Macam itulah." Kata lelaki itu dengan selamba. Masih lagi asyik dengan permainan judinya. Sekali sekala minuman keras yang diisi oleh para gadis disampingnya diteguk sekaligus.
"Kau macam takda kerja ke kat Itali tu. Nama aje pewaris, tapi macam takda apa-apa." Selar salah seorang rakannya. Mendengar kata-kata itu, rahang Nicholas mula bergerak.
"Kau kenapa? Apa kau kesah sangat pasal aku ni?" Kata-kata itu dibalas kasar. Kening Nicholas seakan akan mahu bertaut. Geram.
Tak sah kalau soalan itu tidak menyinggah dalam halwa telinganya. Puntung rokok sempat lagi disumbatkan ke dalam mulut.
"Aku bukannya apa. Aku tengok diri kau ni macam anak yang kena pinggir. Tengok bapa kau happy aje kat Itali tu dengan bini muda dia. Kenapa? Kau benci--"
"Sì, lo odio davvero. (Ya, memang aku benci.)" Nicholas memintas laju. Riak wajahnya tidak menunjukkan apa-apa. Hanya pandangan kosong. Sejak kematian ibu kandungnya, Nicholas bagaikan sudah dipinggirkan oleh ayah kandung sendiri.
"Faresti meglio a non preoccuparti di fare questa stupida domanda con me. Non ho nemmeno bisogno della tua misericordia! (Lebih baik kau tak payah tanya soalan bodoh ni dengan aku. Aku tak perlukan pun belas kasihan dari kau!)" Jerkahnya secara tiba-tiba. Tubuh bingkas bangkit dari tempat duduk. Cuba bawa bertenang.
Si rakan mula dalam keadaan terpinga-pinga. Begitu saja Nicholas menuturkan ayat-ayat menggunakan bahasa Itali. Rasanya makna itu langsung tidak disampaikan ke dalam otak untuk menterjemah. Bingung dan tidak tahu apa-apa.
"Kau nak kemana?" Hanya itu saja soalan yang boleh dilemparkan oleh si teman sebaik saja Nicholas membuka langkah. Mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka.
"Ada benda aku nak urus. Kau enjoy lah malam ni." Ringkas Nicholas menjawab. Sarung tangannya berwarna hitam disarungkan semula pada tangan itu. Setapak demi setapak beredar dari kawasan itu bersama anak buahnya disamping.
"Signore.." Salah satu anak buahnya mula menyeru. Nicholas pantas paling wajah. Kepala didongakkan sedikit memberikan isyarat. Lantas, salah satu dari mereka menghampiri kemudian membisikkan sesuatu di telinga.
"Dove? (Dimana?)"
"Italia.. (Itali)"
Nicholas tertawa sinis. Serentak itu, kepala diangguk faham. Perlahan-lahan suara tawanya kedengaran sehinggalah pada satu tahap dia mula ketawa terbahak-bahak. Memperdengarkan suaranya yang lantang.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed