HANIM ERIANA berdiri di hadapan pintu ketibaan penumpang dari Itali. Berkali - kali Hanim memanjangkan lehernya menunggu kedatangan seorang lelaki. Siapalagi kalau bukan Naim Faeeq bin Faizal Anuar.
Kalau tidak disebabkan desakan abangnya, tidak ada Hanim berada di situ. Nasib baik saja hari ini syifnya bukan syif pagi. Kalau tidak memang kelam kabut dia kehulur kehilir sebab hendak menjemput lelaki itu saja.
Sedang Hanim berdiri sambil memeluk tubuh. Beberapa penumpang sudah mula keluar dari pintu ketibaan.
"Dia masih sama macam dulu ke? Kurus? Pendek?" Hanim memikirkan hal itu. Naim yang dulu tersangatlah kurus dan pendek, mungkin masih sama?
Sehinggalah muncul seorang lelaki berpakaian tshirt putih bersama jaket kulit di tubuh dan dipadankan pula dengan seluar jeans.
"Dia ke?" Hanim menyoal diri sendiri. Ragu - ragu dia hendak menyapa lelaki itu, bukannya apa, kalau tersalah sapa. Bukankah dia sendiri yang menanggung malu?
Sedang Hanim ragu - ragu ingin menyapa lelaki itu. Tiba - tiba satu panggilan masuk membuatkan telefon pintar Hanim berdering kuat. Lantas ekor mata lelaki tersebut beralih ke arahnya. Tepat!
"Siapa lagi call aku ni!" Dengusnya geram. Nombor telefon yang tidak dikenali tiba - tiba tertera di atas skrin.
"Excuse me, kau ke?" Sergah seorang lelaki. Hanim tersentak tatkala lelaki tadi sudah berada di hadapan mata. Tinggi dan bertubuh sasa. Sempat lagi menunjukkan telefon pintarnya. Oh! Dia lah yang call aku tadi.
"Ya, saya. Sorry, saya tak berniat nak marah pun" Gelak Hanim sedikit pahit.
Walaubagaimanapun, lelaki itu hanya diam tidak menyahut. Telefon pintar tadi kemudiannya disimpan semula ke dalam saku seluar jeans. Beg bagasi yang diseret tadi di bawa mendekat.
"By the way, awak masih kenal saya? Saya Hanim"
Tanpa segan silu, Hanim mengukirkan senyuman. Sepasang anak mata bundar milik gadis tersebut kini beralih memandang ke arah wajah di hadapannya. Kepala sedikit terdongak memandangkan ketinggian Naim lebih tinggi berbanding dengannya walaupun Hanim sudah memakai kasut bertumit tinggi.
Sebaik mendengar sebaris nama yang tidak asing buatnya. Naim mengerutkan dahi itu. "Hanim? Yang comot tu?"
"Boleh tak jangan panggil comot, saya bukan kucing" Dengus gadis muda itu. Dia sudah lali dengan panggilan 'comot' sebab memang dia dulu perempuan comot.
Asal makan, comot.
Asal bermain, comot.
Langsung tidak menjaga penampilan diri. Dengan rambut serabai tidak mahu diikat. Manakan tidak, terus kena cop comot.
"Mana abang - abang kau?" Soal Naim selamba. Sempat juga lelaki itu mengerling ke belakang Hanim, kelibat Haziq dan Haffaz langsung tidak kelihatan.
"Jangan cari dia orang, dia orang sibuk dengan hal masing - masing" Beritahu Hanim.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed