"HANIM nak temankan mama shopping sekejap? Nak tak?" Datin Aulia yang sudah berpakaian cantik diperhatikan oleh Hanim. Usai sarapan pagi, masing-masing melakukan hal sendiri. Naim pula hilang dari radar entah kemana arah tujunya. Tuan Mercilio pula masih bersikap dingin. Apa masalahnya, dia sendiri tidak tahu.
"Marilah. Lagipun mama memang teringin sangat ada kawan cuci mata ni. Mama mana ada anak perempuan selain Naim seorang."
Pujukan demi pujukan, akhirnya Hanim tewas. Senyum manis terlakar indah pada wajahnya yang jelita. Kepala ikut terangguk tanda setuju. Selagi tak dituruti, entah sampai mata Datin Aulia memujuknya.
"Okey, kamu bersiaplah dulu. Mama tunggu dekat kereta." Ujar Datin Aulia sebelum sepasang kakinya bergerak keluar dari rumah banglo besar itu. Sempat bibir terukir senyuman penuh ramah. Agak segan, tapi Hanim tahu Datin Aulia seorang wanita yang baik.
SELINA ARIEL kaku di tempat ia berdiri. Dahi berkerut memandang wajah yang mempunyai kacukan itu. Air liur diteguk payah. Rasa gila apabila Nicholas cuba merancang sesuatu yang membuatkannya hampir kelu.
"You nak malukan I?" Tinggi nada suara Selina. Dia boleh terima kalau bukan berkaitan dengan reputasinya. Tapi ini apa?
"Senang sayang. Buat je, I ada dengan you. Netizen sekarang lebih percayakan media sosial berbanding mulut orang tu sendiri. Tak seronoklah kalau dia lari pergi Itali." Sinis Nicholas menghamburkan kata-kata itu. Kebencian terhadap keluarga Martinos terlalu tinggi sehingga mampu melakukan apa saja untuk memalukan mereka.
"Apa masalah you dengan dia sebenarnya? Why you terlalu nak sangat balas dendam dengan dia? Apa yang dia buat?" Selina kerut dahi. Tahu kebencian yang terletak dalam hati Nicholas tapi tidak tahu sedalam mana.
Malah bola mata lelaki itu sudah terlihat bara mati.
"Sebabkan dia! Aku merana!" Nicholas meninggikan nada suaranya itu. Marah, geram, bercampur aduk perasaan dalam dadanya itu. Bahkan tidak lagi dapat menahan kesabaran. Disebabkan Naim, kehidupannya berubah. Ibu yang disayangi dan dicintai pergi meninggalkannya dengan keadaan keluarga yang tidak pernah aman.
"Because of what?! You cuba bagitahu I! Explain! Baru tu I boleh tolong you!" Selina membidas keras.
Serentak itu, Nicholas mempamerkan senyuman sinis. Puntung rokok yang sempat disumbatkan ke dalam mulut dicampak begitu saja. Selina hanya melihat. Tidak bersuara langsung.
"Dia bunuh mak aku."
"B-Bunuh?"
"Dia upah orang untuk bunuh mak aku." Nicholas angkat wajahnya. Betapa bencinya dia bila melihat wajah musuh ketatnya sejak kecil lagi.
"Bu-Bunuh? Apa you cakap ni, you kata mak you mati sebab penyakit HIV, lepast--"
Tiba-tiba Nicholas menghamburkan tawanya dengan begitu galak. Selina terkaku. Mulut seakan akan bungkam tidak tahu ingin mengatakan apa-apa. Matanya langsung tidak berkedip. Apa ni?
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed