"AWAK nak bawa saya pergi mana ni?"
Lama dia mendiamkan diri, akhirnya dia sendiri membuka mulut. Kalau dua jam perjalanan, dua jam radio kereta syok sendiri. Pada masa yang sama, Hanim mencuri curi pandang lelaki di sampingnya. Tak ada angin, tak ada ribut tiba - tiba Naim membawanya keluar.
"Awak dah pekak ke? Awak nak bawa saya kemana?" Soalnya lagi. Kali ini nadanya ditinggikan sedikit. Takut - takut telinga lelaki itu pekak. Eh pekak ke? Tak kot.
Namun begitu, Naim kekal diam membisu. Kereta dipandu dengan penuh tumpuan. Hanya menggunakan satu tangannya untuk memusingkan stereng. Boleh tahan attractive juga lelaki ni.
"Sudahlah. Saya rasa macam saya tengah cakap dengan cicak." Ujarnya sembari menunjukkan raut muka cemberut. Naim di samping hanya melihat saja kelakuan Hanim. Tak habis - habis dengan perangai merajuknya.
Suasana dalam perut kereta itu kembali sunyi. Hanya ditemani dengan lagu - lagu terkini yang bermain di radio. Masing - masing melakukan hal sendiri. Daripada dia bising. Lebih baik dia diam. Lagipun Naim langsung tidak membuka mulut. Jadi buat apa dia mahu berbuat bising.
"Eh? Kenapa pergi sini?" Ruas dahi si gadis mulai berkerut. Melihat arah kereta yang membawa mereka ke sebuah kedai butik yang pernah mereka tuju dulu membuatkannya bingung.
"Naim, awak diam. Saya cubit awak. Kenapa kita datang sini?" Dia bertanya dengan nada tegas. Inilah masalah lelaki itu, susah sangat nak buka mulut. Ke mulut tu memang dah kena gam?
"Nanti kau sendiri tahu." Balas lelaki itu. Wajah datar dan ketat. Senyum pun tidak.
Mahu tidak mahu, Hanim pasrah. Bibir dikemam dengan begitu rapat. Sebaik saja kereta itu terparkir tepat di hadapan kedai itu. Pemegang pintu kereta tersebut segera ditarik dan ditolak. Tubuh perlahan-lahan dikeluarkan dari perut kereta.
"Nak masuk?"
"Jadi, takkan kau kat luar. Panas-panas macam ni?" Naim memperlihatkan kerutan pada dahinya. Panas macam ini mahu berjemur? Tidak pasal-pasal demam si comot ni tak lama.
"Awak nak beli apa kat kedai butik tu? Lagipun kedai tu cuma jual baju perempuan. Awak nak beli untuk siapa?" Hanim hanya sekadar menduga. Yalah, kedai butik tu cuma jual gaun perempuan. Takkan ada lelaki yang tiba-tiba masuk ke dalam kedai dengan alasan ingin melihat.
"Untuk kau."
Hanim terpana. Kelopak matanya langsung tidak berkerdip saat ayat itu terdengar.
"Untuk saya?" Saat Naim sudah mengatur langkah menuju kedai tersebut, Hanim mengejar dari belakang. Beg tangan digenggam erat di tangan.
"Jadi untuk siapa lagi? Aku tak bawa mana-mana perempuan selain kau." Jawab lelaki itu. Nada mendatar. Ekor matanya beralih ke arah wajah gadis yang sedang memandangnya.
"Tak pernah lagi awak nak belikan saya baju."
"Salah?"
Hanim menggelengkan kepala, "Tak salah, tapi saya hairan. Tak pernah-pernah lagi awak buat macam ni. Tiba-tiba baik ni, ke awak nak sesuatu dari saya?"
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed