MTHE | 4

26.9K 1.1K 25
                                    

SEPANJANG malam Hanim hanya berjaga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPANJANG malam Hanim hanya berjaga. Syif malam sudah mampu membuatkan gadis itu lelah, sudah namanya kerja. Mahu tidak mahu, dia kena hadap. Seiring waktu berlalu, Hanim melabuhkan punggung di atas bangku kerjanya. Jam di atas meja kerja sempat dikerling sekilas.

"Nak balik dah!" Penuh teruja Hanim berkata. Kot putih yang tersarung di tubuh segera dilepaskan kemudian dibiarkan bergantung pada bahagian penggantung baju. Kemeja yang dikenakan pula segera dikemaskan sebelum gadis itu keluar.

"Dah nak balik, doktor?" Soal Basyirah tatkala melihat Hanim sudah keluar dari biliknya.

"Ha'ah, esok saya cuti. Tapi kot kot ada benda urgent, awak boleh call saya"

"Okey, have a nice day!"

Serentak itu, Hanim terus menarik senyuman manisnya. "Have a nice day, Irah.."

Kaki diatur keluar dari ruangan hospital itu. Bunyi derapan kaki yang menggunakan kasut bertumit tinggi telah memecahkan keheningan suasana. Kereta Audi R8 yang sudah terparkir di tempat letak kereta dituju setapak demi setapak.

"Burung ni kalau tak berak atas kereta aku, memang tak sah. Kau nak apa? Mentang - mentang kereta aku mahal, suka hati dia pula nak berak sembarangan" Leter Hanim sambil mendongakkan kepala ke atas. Matanya di jeling tajam ke arah burung - burung yang berada di atas pokok.

Salahnya juga kerana meletakkan kereta itu di bawah pokok. Padan muka! Sendiri kena.

Tanpa menghiraukan kesan tahi burung di atas keretanya. Hanim terus memandu laju kereta itu, malas hendak berlama - lama. Lebih baik dia balik, jumpa katil. Kemudian tidur.

Disebabkan jalan raya masih lengang. Hanim tiba di villa keluarganya lebih awal dari yang dijangka. Gadis itu terpaku tatkala melihat pemandangan indah di depan mata. Amboi, miang sungguh aku ni!

"Awak dari mana?" Soal Hanim sebaik mendekati Naim. Lelaki itu hanya mengenakan baju tanpa lengan di tubuh bersama seluar track paras lutut. Air peluh sudah cukup membasahi tubuhnya.

Diam.

"Saya tanya ni, awak dari mana?" Soal Hanim lagi lebih lantang.

Serentak itu, Naim menghentikan langkahnya. Airpod yang menyumbat lubang telinganya terus dilepaskan. Hanim yang melihat kelakuan Naim terus mengetapkan bibir.

Patutlah tak dengar, guna airpod.

"Apa dia?"

"Awak dari mana?"

"Keluar.."

"Buat apa?" Soal gadis itu. Saat mendengar soalan itu, Naim mengerutkan dahinya. Lelaki itu menolehkan kepalanya memandang wajah Hanim.

"Sibuklah kau ni.."

"Sibuk? Saya memang orangnya sibuk. Awak ni, saya baru nak beramah mesra, tapi awak ni tiba - tiba melenting apasal? Period?" Hanim jegilkan matanya. Nafas dihembus geram seraya memeluk tubuhnya itu. Bagai anjing dengan kucing, asal jumpa, bergaduh.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now