MTHE | 15

14K 508 9
                                    

TANGAN yang bersaiz besar itu dipandang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN yang bersaiz besar itu dipandang. Berkali-kali dia pandang, berkali-kali juga dia terbayangkan air mata Hanim yang jatuh sehingga menyentuh kulitnya. Mahu katakan dia gila? Adakah gila kerana bayangan Hanim yang sentiasa berlegar-legar dalam mindanya?

"Aku tak faham dengan diri aku" Bisiknya dengan perlahan. Tubuhnya yang kelihatan kekar itu hanya dipandang melalui cermin besar kamar mandi tersebut. Tubuh itu hanya dililitkan dengan tuala di bahagian pinggang.

Jujur dia sendiri tidak memahami dengan dirinya. Satu-satunya wanita yang dicintai hanya Amaya Nur. Tetapi kenapa sejak pertemuannya dengan gadis kecil yang pernah membesar dengannya kembali mengetuk hati yang sudah lama dalam keadaan duka lara?

Perlukah dia melupakan cinta pertamanya yang sudah meninggalkan dia di muka bumi?

Jawapannya ada pada diri itu sendiri. Naim tetap masih dalam keadaan dilema. Mata dipejam rapat. Andai diri ini seperti robot yang boleh menganalisis segala data, mungkin jawapan itu boleh didapatkan dengan mudah. Tetapi dia juga manusia.

Dia perlukan masa.

Usai mandi, kaki diatur keluar dari kamar mandi. Tepat pada waktu itu juga, telefon pintarnya berdering kuat. Lantas, telefon itu dicapai kemudian menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama si pemanggil.

"Im.." Suara serak itu menghiasi saluran pendengarannya. Tanpa melihat semula skrin itupun, Naim sudah mengenali suara itu.

Uzzam.

"Kenapa tiba-tiba call ni?" Naim kerut dahi. Sepanjang dia di tanah Malaysia, baru kali ini Uzzam menghubunginya.

"Pasal Amaya.."

Begitu saja mendengar nama Amaya, raut wajah itu mulai berubah. Fokus dan serius. Dia bahkan tidak melontarkan sebarang perkataan.

"Aku rasa kau perlu tahu" Tutur Uzzam lagi apabila Naim tidak memberikan respon.

"Kemalangan Maya. Aku tak rasa semua tu kebetulan, sedangkan pesakit lain yang terlibat dalam accident tu tak ada yang mati selain Maya.."

Mendengarkan kata-kata itu, Naim terus menyeringai sinis. "Kau nak kata apa? Nak kata ada orang dalam?"

"Kemungkinan besar macam tu, Im. Kau tau sendiri keluarga ayah tiri kau tu banyak musuh. Tak mustahil kalau Amaya jadi mangsa dia orang" Jelas Uzzam. Tahu keluarga Martinos merupakan sebuah keluarga yang mempunyai pengaruh besar di Itali. Harta bukannya sedikit. Banyak.

Malahan, sebahagiaan kota Itali itu juga mempunyai pengaruh mereka.

"Kau nak cakap pasal siapa ni?"

"Nicholas Antonio." Sebaris nama yang ringkas disebut oleh Uzzam. Hanya sekali itu saja Naim terus mengenalinya.

Nicholas Antonio, seorang jejaka muda yang pernah belajar dengannya dalam bidang kedoktoran. Dia dan lelaki itu bagaikan musuh di atas kertas kerana saling bersaing untuk mendapatkan markah tertinggi. Tetapi tidak juga ketinggalan dengan saingan pengaruh.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now