MTHE | 41

11.1K 409 1
                                    

BASKIN ROBBINS di hadapan mereka sudah tentu membuatkan Hazriq terliur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BASKIN ROBBINS di hadapan mereka sudah tentu membuatkan Hazriq terliur. Bukan sahaja budak lelaki itu, ibu saudaranya turut terliur. Sesuai pula dengan cuaca panas memang menggoda iman.

"Hazriq nak ke?" Soal Hanim. Sengaja memancing anak buah sendiri. Padahal dalam hati sendiri nak.

"Nak. Hari ni panas, lagi sedap kalau makan aiskrim." Kali ini Hazriq bersuara. Tengku Nina yang berdiri memerhati gelagat anak dan cucunya menggelengkan kepala bersama sengihan. Comel aje.

"Kan?" Hanim angguk kepala menyetujui kenyataan yang dikemukakan oleh Hazriq. Dua-dua satu kepala, macam inilah jadinya.

"Tak payah makan aiskrim. Nanti sakit, siapa yang susah? Budak dua orang ni." Tengku Nina sudah bercekak pinggang memandang dua insan syurga di hadapannya. Seorang dah umur tiga puluhan tapi berperangai seperti budak tiga tahun. Seorang lagi dah naik sekolah rendah tapi berperangai seperti orang dewasa.

Jiwa dah tertukar agaknya.

"Tak payahlah, Hazriq. Tok Mi dah marah lah." Keluh Hanim. Riak wajahnya berubah sedikit kecewa.

"Hah merajuk lah tu." Tengku Nina menjeling tajam kearah anak perempuannya.

Hanim merengus geram. "Eh? Bila masa pula merajuk? Dah lapuk merajuk-merajuk ni."

"Berlagak lagi." Bisik Tengku Nina sedikit geram dengan tingkah laku Hanim. Kadangkala ada saja yang buatkan orang tua ni rasa bengang.

"Dah, kita balik. Tak payah lama-lama dekat sini. Beli apa yang perlu, bukannya nak berbelanja sakan." Pesan Tengku Nina. Memang sudah jelas betapa berjimatnya Tengku Nina walaupun digelar sebagai isteri orang kaya.

Mahu tidak mahu, Hanim dan Hazriq akur. Nafas dihembus kasar sebelum mereka membuka langkah menjauhi Baskin Robbins itu. Melepaslah buat kali ini.

"Mommy su, nak dengar satu cerita tak." Tiba-tiba Hazriq menjengket sedikit kemudian berbisik. Hanim mengerutkan dahi.

"Semalam kan.."

"Ya Allah, dekat mana-mana pun nak bergosip. Tengku Hazriq, dah muda-muda pun kuat gosip? Nak Tok Mi tarik telinga tu?" Tengku Nina pancarkan tatapan umpama pisau belati. Tak semena-mena Hazriq meneguk air liur berpasir.

"Okey.. Tak gosip dah." Hazriq mengeleng kepala itu. Berjanji. Boleh tahan garang Tok Minya. Tak macam dulu boleh berlembut lagi.

Hanim tergelak kecil melihat Hazriq. Dari anak lelaki itu kecil sehinggalah besar, dia sendiri menyaksikan pembesaran Hazriq. Bagai membesarkan anak sendiri walaupun hakikatnya Hazriq adalah anak kepada abangnya.

"Kamu pun sama, Hanim. Jangan ingat kamu terlepas juga. Korang berdua sama aje. Perangai tak tahu malu." Hambur Tengku Nina lagi. Kepala digeleng perlahan. Letih melayan dua orang anak itu.

Sudahnya umur bukan semakin berkurang. Semakin bertambah adalah. Kalau mati sekarang pun, belum tentu siapa yang boleh mengurus dua orang ini.

Kedua-duanya terdiam. Tak mampu bersuara. Tertunduk sepi ke bawah kerana takut dibebel oleh Tengku Nina.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now