MTHE | 7

25K 1K 33
                                    

SUARA begitu teruja bermain bola sepak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUARA begitu teruja bermain bola sepak. Hanim duduk di bahagian halaman luar villa. Ekor matanya hanya memandang sosok lelaki dewasa dan budak kecil bermain sambil gelak ketawa. Seronok betul.

"Bosannya.."

"Apa yang bosannya? Tu Hazriq seronok je bermain, kamu tak main sekali?" Soal Tengku Nina tatkala melihat anak perempuannya asyik merenung benda yang sama. Tampak sekali membosankan.

"Buat apa main, nanti tak pasal tersepak benda lain" Mata dijelingkan ke atas. Memang hauk gila kalau dia yang bermain, tidak pasal-pasal orang akan gelakkan dia.

Lagi-lagi Hazriq. Budak lelaki yang suka membulinya.

"Hazriq ajak tadi kan, pergilah"

"Nanti-nanti je lah. Malas nak angkat bontot" Nafas dihela sebelum kepala berpaling semula melihat dua lelaki yang sedang asyik bermain bola. Sumpah, malas sungguh dia hendak bangun dari tempat duduknya.

"Pemalas betul lah kamu ni!" Ujar Tengku Nina. Geram.

"Apa bole--"

"Hah! Menjawab!'' Tengku Nina menjeling tajam tepat ke dalam anak mata gadis muda itu. Setiap bait kata yang dikeluarkan oleh Tengku Nina, Hanim akan terus menerus membidas.

Meletus tawa Hanim melihat reaksi wajah ibunya. Comelnya!

"Jangan marah-marah Umi, nanti Umi cepat tua. Umi taknak jadi tua kan?" Katanya selamba. Jari telunjuk diangkat ke atas kemudian digerakkan ke kiri ke kanan.

"Tak payah cakap pun! Umi ni dah tua tapi rasanya tak senang mati kalau ada lagi anak seorang yang tak matang-matang" Luah hati sang ibu.

Habis wajahnya merah dengan perangai anak perempuannya itu. Ada sahaja membuatkan jiwanya tidak tenteram, umur saja sudah berganjak tua, tetapi sikap? Hampeih!

Pada masa yang sama, bebelan Tengku Nina itu mencuri perhatian Hazriq. Berkerut dahi budak lelaki itu apabila melihat Tok Mi nya berleter panjang.

"Tok Mi? Kenapa muka Tok Mi merah?" Hazriq berlari terkedek-kedek mendekati dua wanita yang sedang duduk bersebelahan. Sempat budak lelaki itu menyengetkan sedikit kepalanya ke sebelah kanan.

"Takdalah, panas pulak sekarang ni"

"Panas? Ni kan petang, Tok Mi.."

"Panas bukan sebab pagi ke petang, sayang Tok Mi. Panas sebab ada orang yang tengah buat Tok Mi panas" Sindirnya depan-depan. Mata itu dijeling tajam ke arah anak perempuannya.

Melihat jelingan ibunya, Hanim tertawa kecil.

"Mommy su? Kenapa mommy su gelak tengok Tok Mi?" Kali ini Hazriq menyoal pula Hanim yang masih lagi terkekeh-kekeh.

"Takdalah, tengok Tok Mi ni comel" Ujar Hanim bersahaja. Raut wajah cuba dijaga walaupun dia sudah berkali-kali menahan tawa.

"Comel? Tok Mi memang comel!" Hazriq meloncat mengiakan. Kepala diangguk-angguk menyokong pernyataan yang dilontarkan oleh ibu saudaranya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now