MTHE | EPILOG I

18.5K 527 18
                                    

"CUTE baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"CUTE baby.. Cute baby.." Hazriq merenung panjang sambil mulut bergumam memuji kecomelan dua orang bayi di hadapannya. Tidak juga ketinggalan Haira dan Ryanna yang sedang berdiri tegak di hadapan bayi itu.

"Suka ke tengok baby, Hazriq? Sekarang Hazriq dah jadi big bro. Semua adik-adik Hazriq perempuan." Ujar Hanim. Bibirnya tersenyum begitu lebar memandang reaksi anak buahnya seorang itu.

"Suka dapat adik baru." Hazriq sengih lebar.

"Mommy ucu. Baby..." Haira menepuk-nepuk lembut tilam itu. Matanya sekali sekala memandang Qarissa dan Qamariah yang sudah mengeliat di atas katil. Comel.

"Ya, baby. Ni adik Haira. Haira dah ada adik."

"Tak ada baby di peyut Mommy ucu lagi ke?" Kali ini giliran Ryanna. Perut Hanim yang masih lagi kelihatan buncit dan masih juga dalam fasa berpantang diusap begitu lembut.

Mendengar soalan itu, Hanim menggelengkan kepalanya.

"Tak ada. Baby dah keluar." Jawabnya begitu ringkas.

Haira dan Ryanna mengangguk memahami dengan apa yang dituturkan oleh Hanim. Ekor mata kembali beralih memandang bayi kembar itu. Seakan akan masih tidak percaya. Lama betul.

"Ya Allah budak-budak ni, Tok Mi ingat dah hilang tadi." Keluh Tengku Nina sambil mencekak pinggang. Mujur pintu bilik Hanim terbuka. Tertangkap juga kelibat tubuh cucunya yang sedang melawat kembar itu.

"Mereka ada je dekat sini."

"Patutlah senyap bagai." Kepala digeleng tanda geram.

"Tok Mi... Baby omel la." Haira menarik hujung blaus Tok Mi nya. Hanim senyum melihat gelagat comel Haira. Mahu saja dia mengigit pipi yang gebu itu.

"Ya, comel macam Haira."

Haira tersengih sendiri. Hanim pula apalagi tertawa saat Haira menunjukkan sisi kecomelannya itu. Ditambah pula dengan patung yang dipeluk oleh anak kecil tersebut.

"Dah, jom keluar. Bagi Mommy su dengan baby. Baby nak tidur pun tak senang sebab kena ganggu abang dan kakak dia." Ajak Tengku Nina. Cuba membawa cucunya itu keluar dari bilik tersebut daripada terus menganggu si kembar.

Nasib baik sahaja kembar dua itu tidak melalak.

"Okey! Jom Haira, Jom Ryanna. Nanti keluar tanduk Tok Mi." Kali ini giliran Hazriq mengajak. Kuat sungguh peranan Hazriq memandangkan dia sahaja kumbang diantara bunga-bunga.

"Okey." Haira dan Ryanna menurut. Tangan kiri Hazriq dipegang oleh Haira dan tangan kanan Hazriq dipegang oleh Ryanna. Mereka berjalan beriiringan menimbulkan rasa geram kepada Tengku Nina dan Hanim.

"Ya Allah, budak-budak ni." Tengku Nina geleng kepala. Nafas dihembus panjang sambil bercekak pinggang.

Sejenak kemudian, Hanim alihkan pandangan. kearah Tengku Nina. Tangan mengapai lengan uminya sehingga menarik perhatian Tengku Nina untuk memandangnya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now