ALEXANDER bersandar diatas bangku sambil memerhati helaian kertas dan kepingan gambar diatas meja. Otak bercelaru memikirkan situasi sebenar dalam kes yang dikendalikan. Belum cukup setahun dia menjadi seorang anggota Polis dalam Unit Gerakan Khas, dia sudah dibanjiri dengan kes Black Kairos.
Kumpulan besar yang melakukan pengedaran dadah secara global. Bukan hanya di Malaysia tetapi turut berlaku di luar Malaysia.
"Dari mana kau dapat semua maklumat ni?" Soal DSP Adam apabila melihat maklumat yang begitu banyak. Sedangkan mereka yang sudah bertahun-tahun menyiasat tidak pernah sekalipun dapat maklumat begitu.
"Kabel."
"Sejak bila kau ada kabel?" DSP Adam mengerutkan dahi. Tiba-tiba pula anak buahnya seorang itu ada kabel.
"Entah, rezeki jatuh dari langit. Dia datang macam tu." Ucap Alexander sambil memetik jari. Bukan main selamba dia bercakap dengan atasannya seperti itu.
"Budak ni, kau tu budak baru. Cakap pun hormat sikit dengan atasan."
Alexander kemam bibirnya dengan rapat. Tubuh terus bangkit dari tempat duduk lalu berbongkok sedikit.
"Minta maaf Tuan!" Lantangnya dia bersuara. DSP Adam tertawa kecil melihat gelagat Alexander.
"So, any progress about this case? Mana tahu ada benda kau nak bagitahu aku?" DSP Adam mulai menghenyakkan punggungnya di atas bangku berhadapan dengan Alexander. Bola matanya turut meneliti helaian kertas dan kepingan gambar diatas meja.
"Nak panjang ke? Nak pendek?"
"Kau nak bagi presentation berapa jam?"
"Tuan, sehari ni tak cukup." Keluh lelaki itu. DSP Adam mengeluh panjang. Nasib baik tangan belum angkat lagi. Bersabar.
"Kau kasi pendek aje lah. Aku tak suka dengar lelaki ni kuat bebel."
Alexander sengih. Lantas dia berdiri daripada tempat duduk itu kemudian papan putih kecil yang terletak tidak jauh dengan mereka ditarik. Beberapa kepingan gambar diletakkan pada papan putih itu.
"Macam yang Tuan dah sedia maklum, kes kita pasal Black Kairos. Black Kairos ni satu organisasi yang ditubuhkan dengan tujuan mengedarkan bahan terlarang iaitu dadah. Banyak jenis dadah, daripada yang kuat kesannya kepada yang lebih kuat."
"Jadi, point nya kat sini. Siapa pengasas Black Kairos?"
DSP Adam angkat kening. Cerita Alexander semakin lama semakin rancak dengan gaya-gayanya tidak ubah seperti seorang cikgu sedang memberikan penjelasan.
"Okey, pengasas dia Ercel Antonio. Seorang businessman kat Itali. Dengar cerita dia memang kaya, banyak harta."
"Yalah kalau dah kaya tu, banyak hartalah." Cantas DSP Adam dengan matanya yang begitu tajam.
"Tuan, diam dulu. Bagi saya jelaskan. Tuan nak dengar atau tak?"
"Okey teruskan."
Nafas ditarik dalam-dalam. Tak sah kalau setiap kali dia berkata-kata pasti DSP Adam ingin mencelah. Macam tak ada ruang lagi mahu mencelah.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed