"CONDITION Cik Dara kurang baik. Kita kena cari penderma dengan cepat. Cuma dengan cara itu kita boleh selamatkan Cik Dara." Ujar seorang doktor yang sedang berdiri di hadapan Puan Aminah dan suaminya. Bergetar tubuh Puan Aminah mendengarkan berita itu.
Dara masih tertidur lena kesan daripada ubat yang disuntik oleh jururawat. Wajah Dara yang semakin memucat dan kulit kusam membuatkan hati seorang ibu remuk.
"Bertahan sikit lagi ya, nak..." Puan Aminah mengenggam erat tangan Dara. Cuba menyalurkan semangat kepada gadis itu.
Walaupun mata itu terpejam. Puan Aminah tetap mahu meluahkan segala perasaannya. Ibu mana yang sanggup melihat anak terlantar di rumah sakit.
"Kalau jadikan saya penderma.."
Doktor itu laju menyangkal. Kepala digeleng perlahan menandakan dia tidak bersetuju dengan keputusan Puan Aminah.
"Risiko terlalu tinggi, Puan. Dengan usia dah lanjut, tahap kesihatan yang kurang baik. Kalau Puan jadi penderma, cerita akan tetap sama. Cik Dara tetap dalam keadaan derita." Ulas doktor tersebut. Tahu bagaimana perasaan Puan Aminah tetapi lihat keadaan.
Penyakit itu bukan sekadar penyakit biasa melainkan memerlukan pemindahan organ.
"Saya boleh bagi sebahagi--"
"Puan, saya faham. Kalau Puan bagi sebahagian daripada 40% atau 60% kepada anak Puan. Tetapi kondisi kesihatan Puan tak memuaskan. Tetap itu bukan jalannya." Berkeras doktor perempuan itu mahu memujuk hati Puan Aminah yang sudah penuh dengan duka lara.
"Habistu? Saya kena buat apa?" Seorang ibu merintih bersama perasaan pilu di dalam hati. Hanya Allah yang tahu bagaimana tangisannya selama dua tahun melihat Dara bertarung nyawa untuk bertahan hidup.
"Saya akan sedaya upaya untuk cari.."
"Sampai bila? Anak saya dah menderita bertahun-tahun. Saya sebagai seorang ibu sanggup ke nak tengok anak saya macam ni..." Air mata akhirnya merembes keluar tanda seorang ibu sudah tidak mampu lagi menahan sebak.
Cukuplah dia pernah merasakan kehilangan seorang anak. Takkan dia mahu merasakan kembali?
"Saya minta jasa Puan untuk berdoa. Kami bukannya doktor yang duduk sambil lewa, banyak benda yang kami fikirkan. Bahkan bukan satu atau dua orang pesakit yang kami kena selamatkan. Beribu-ribu, Puan." Pinta doktor tersebut.
Bukan Puan Aminah satu-satunya orang yang takut kehilangan. Malah doktor yang setia merawat turut terkesan.
Ketika mendengar bait kata doktor itu, Puan Aminah mengetap bibirnya dengan rapat. Tangisan demi tangisan lebih kedengaran. Sungguh hati itu hancur berkecai. Keadaan Dara bagaikan sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa.
"Peratus untuk dapatkan penderma masih cerah, Puan. Insya Allah dengan keajaiban yang Allah berikan."
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed